SEMINGGU lagi kita akan melangkah ke 2022. Banyak insiden berlaku sepanjang 2021 yang melibatkan evolusi kejuruteraan teknologi. Topik berkaitan artificial intelligent (kecerdasan buatan) sering jadi bahan bualan. Bagaimanapun, penulis... Klik di sini untuk terus membaca

SEMINGGU lagi kita akan melangkah ke 2022. Banyak insiden berlaku sepanjang 2021 yang melibatkan evolusi kejuruteraan teknologi. Topik berkaitan artificial intelligent (kecerdasan buatan) sering jadi bahan bualan. Bagaimanapun, penulis memilih TikTok sebagai topik tahunan paling menggegarkan sepanjang 2021.

TikTok mula diperkenalkan September 2016 oleh ByteDance. TikTok ialah perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian video dalam talian. Pada penghujung Disember 2021, TikTok menguasai sosial media di negara ini apabila hampir semua mangsa atau pemerhati bencana banjir di Lembah Klang dan Pahang, menggunakan perkhidmatannya untuk menghantar pelbagai mesej termasuk lokasi serta tahap kemusnahan banjir.

Detik hiba mangsa banjir terakam dalam aksi TikTok. Malah, ada pengguna dari negara jiran termasuk Brunei dan Indonesia, mengirim bingkisan TikTok tentang musibah banjir di Malaysia. Penulis mendapati banyak maklumat tentang lokasi kejadian banjir diperoleh pantas menerusi TikTok yang dihantar mangsa atau orang di sekeliling yang melihat kejadian berlaku. Sehinggakan maklumat yang diterima melalui media sosial, boleh mengenali nama dan alamat tempat tinggal mangsa melalui muka tertera pada layar TikTok.

Senario ini, menarik minat penulis untuk meneliti siapakah TikTok sebenarnya? TikTok menjana pendapatan AS$1.9 bilion (RM8.1 bilion) pada 2020, meningkat 457 peratus tahun ke tahun. Walhal pada 2017, TikTok hanya meraih pendapatan AS$63 juta (RM266 juta). Sehingga kini, TikTok mempunyai 837 juta pengguna aktif bulanan pada suku ke-2 2020 (Q2) dan mencecah 1 bilion menjelang suku ke-4 2020 (Q4).

Di China, TikTok diakses lebih 600 juta pengguna setiap hari. Paling menarik, TikTok dimuat turun lebih tiga bilion kali sepanjang tempoh tersebut. Sejumlah 59 peratus pengguna TikTok ialah wanita manakala lelaki 39 peratus dan lain-lain dua peratus.

Selain TikTok, penulis menyenaraikan scammer sebagai topik berkaitan kejuruteraan aplikasi yang perlu diberikan perhatian. Truecaller percaya ia telah mengenal pasti dan menyekat 37.8 bilion panggilan dibuat oleh scammer. Pada masa sama, 182 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) telah dikenal pasti dan disekat. Penulis hampir tidak percaya angka ini. Namun itulah hakikatnya.

Sebagai rekod, Truecaller percuma ialah aplikasi telefon pintar yang mempunyai ciri pengenalan pemanggil, menyekat panggilan, mesej kilat, rakaman panggilan (pada Android sehingga versi 8), chat dan suara dengan menggunakan internet. Ia memerlukan pengguna menyediakan nombor mudah alih selular standard untuk mendaftar dengan perkhidmatan tersebut.

Pada 18 Oktober lalu, BBC News melaporkan scammer telah menyebabkan impak terhadap kesejahteraan kehidupan mencecah hampir RM54 bilion. Paling menarik, Malaysia dipercayai antara pusat scammer paling aktif di Asia. Perangkaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati rakyat kerugian RM2.23 bilion akibat jenayah siber sejak 5 tahun lalu bermula 2017. Facebook Malaysia percaya 67,552 kes jenayah siber berlaku sepanjang tempoh tersebut. Penipuan e-dagang dikatakan mencecah 23,011 kes, pinjaman haram 21,008 kes dan penipuan pelaburan dengan 6,273 kes. Nah, itulah kehebatan scammer!

Persoalannya kenapa sampai sekarang belum ada aplikasi mudah yang boleh digunakan secara meluas untuk menyekat rakyat daripada ditipu scammer?

ALLAH SWT telah memberi pesanan kepada manusia supaya menjaga maklumat diri dan keluarga dalam ayat dalam Surah An-Nur ayat [24:31]. Justeru, penulis menyeru jurutera dan teknologi khususnya pakar penciptaan aplikasi supaya segera menghasilkan satu sistem yang boleh menghentikan kegiatan scammer. Melihat kepada angka kerugian, penulis merasakan sudah sampai masa kita mengisytiharkan perang habis-habisan kepada scammer pada 2022 nanti.

Penulis ingin menyeru jurutera dan teknologi segera jalankan kajian dan pelaksanaan menyeluruh terhadap larian air hujan dan penuaian (runwater runoff and harvesting).

Penulis percaya kajian ini perlu dilaksanakan supaya kadar air hujan pada keadaan maksimum, dapat diatasi bagi mengelakkan banjir kilat. Kita tidak boleh menolak takdir. Namun, ALLAH sentiasa mengingatkan manusia supaya mencari jalan demi kesejahteraan kehidupan.

* Profesor Dr Ir Muhidin Arifin ialah Ketua Pegawai Operasi Selangor Technical Skills Development Centre Selangor

Klik di sini untuk terus membaca