SYUKURLAH, nampaknya Tuk Seri Perdana Menteri sudah kerahkan semua agensi yang terbabit dengan bencana banjir baru-baru ini agar buat laporan harian pada beliau.
Beliau tentu sedar kecaman ke atas kerajaan beliau dalam menangani krisis itu. Teringatlah Awang apa yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2005, apabila Taufan Katrina melanda.
Pada masa itu, mereka yang terjejas terperangkap di rumah dan ada yang di atas bumbung. Tindakan pihak berwajib begitu lambat. Tapi agensi yang patutnya membuat penyelarasan dipuji oleh Presiden Bush Jr ketika itu. Tindakan beliau dikecam teruk.
Apa yang berlaku di Selangor dan Wilayah Persekutuan pada minggu lepas macam juga peristiwa di New Orleans itu.
Begitu juga reaksi dari agensi kerajaan. Seperti di New Orleans, yang bertindak cepat ialah rakyat sendiri yang bantu membantu satu sama lain.
Kemarahan rakyat Malaysia juga tak ada bezanya dengan penduduk di New Orleans masa itu.
Oleh itu, Awang rasa pelik kenapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuk Dr Latif bersungguh-sungguh pertahankan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma). Kenapa tak akui Nadma lembab dan tak berkesan?
Apa perlu dipertahankan agensi yang tertidur dalam tugasnya?
Namanya pun ‘agensi pengurusan bencana banjir’, jika ia gagal mengurus krisis banjir, buat apa wujud agensi itu?
Tuk Seri PM kena buat keputusan sama ada hendak bubarkan atau susun semula Nadma.
Klik di sini untuk terus membaca