KOTA BHARU - Pas tidak akan kehilangan ahli jika menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana parti itu tidak pernah lari daripada dasar yang diperjuangkan. Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar... Klik di sini untuk terus membaca

KOTA BHARU - Pas tidak akan kehilangan ahli jika menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana parti itu tidak pernah lari daripada dasar yang diperjuangkan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya juga optimis keahlian baharu dapat ditambah dengan kerjasama yang terjalin dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).

"Penyokong Pas secara asasnya mereka sokong parti kerana perjuangan dan dasar kita. Selagi Pas tidak lari daripada dasar perjuangan, kita percaya ahli dan penyokong tidak akan tinggalkan parti kecuali ada masalah peribadi.

"Ini berlaku kepada parti Amanah sebelum ini. Masalah peribadi itu menjadi asas mereka keluar daripada Pas. Penyokong Pas tidak akan keluar semudah itu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, sebelum ini Pas juga pernah bekerjasama dengan DAP, namun keahlian Pas tidak berganjak, malah bertambah.

"Dengan siapa pun kita bekerjasama, ia bukanlah satu isu kerana yang penting adalah penerangan kenapa kerjasama tersebut dilaksanakan dan sebagainya.

"Sehingga kini,alhamdulilah, penerangan berjalan dengan baik, tiada masalah pun. Ahli boleh terima, ahli atas pagar pun menyokong," kata beliau.

Klik di sini untuk terus membaca