AWANG terkejut baca berita seorang menteri berkata, mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang tidak didaftarkan tidak boleh dapat bantuan termasuk keperluan asas dan makanan.
Masya-ALLAH, dalam keadaan rakyat tersepit dan menderita pun nak berkira sangatkah? Awang percaya pihak yang membawa mereka ke situ tak fikir pun itu PPS berdaftar atau tidak, nyawa rakyat lebih penting.
Tolonglah, gunalah pertimbangan akal dan perikemanusiaan dalam hal macam ini. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pun janganlah berkira sangat nak bagi bantuan.
Asalkan ada rakyat yang dipindahkan di tempat sementara, tak kira siapa mereka dan di mana, bantulah mereka.
Ada yang complain nak dapat bantuan pun terpaksa buat macam-macam, semuanya sulitkan rakyat. Tak bolehkah diketepikan birokrasi dalam krisis?
Oleh sebab itu, imej kerajaan dalam krisis banjir kali ini begitu buruk sekali. Orang nak bantu tak boleh. Orang menolong dihalang.
Oleh sebab itu rakyat guna hashtag ‘rakyatbanturakyat’.
Awang puji rakyat Malaysia yang bangun membantu termasuk NGO dan orang perseorangan. Banyak juga ahli Parlimen dan ADUN yang kerja keras tak kira publisiti.
Sebaliknya, ada pemimpin politik yang sibuk dengan kasut tumit tinggi, buat kotak bantuan yang ada gambar sendiri, masuk ke kawasan banjir dengan kereta mewah dan naik bot penuh pengawal peribadi. Atau masih bercuti di luar negara.
Klik di sini untuk terus membaca