SUDAH tentulah rakyat tertanya-tanya mengapa pakar ekonomi terkenal, Profesor Dr Edmund Terence Gomez letak jawatan. Beliau ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPRR), salah sebuah badan bebas yang memantau Suruhanjaya Pencegahan... Klik di sini untuk terus membaca

SUDAH tentulah rakyat tertanya-tanya mengapa pakar ekonomi terkenal, Profesor Dr Edmund Terence Gomez letak jawatan.

Beliau ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPRR), salah sebuah badan bebas yang memantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Khabarnya beliau tak puas hati panel yang dianggotainya itu tidak nyatakan pendirian tentang isu babitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dikatakan memiliki sekian banyak saham dalam syarikat tertentu.

Menurut laporan media, beliau berbuat demikian oleh sebab panel itu gagal bincangkan isu 'hubungan antara perniagaan dan pihak penguat kuasa' yang ada kaitannya dengan 'konflik kepentingan.'

Setahu Awang, PPPR badan yang sangat berpengaruh. Memang patut sangatlah hal itu dibincangkan dalam panel. Bagi Awang apa yang lebih penting adalah nak pulihkan nama baik Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Kita tak mahu beliau terus terpalit dengan cerita saham itu.

Awang penuh yakin bahawa beliau akan bersedia berikan versi beliau yang sebenar bagi tujuan transperansi.

Awang juga harapkan Pengerusi Panel Penasihat SPRM, Tan Sri Abu Zahar Andika Ujang akan buat kenyataan segera dalam isu ini. Kita mahu SPRM bersih daripada sebarang tuduhan yang tak bertanggungjawab. Kita mesti pertahankan integriti SPRM.

Baru-baru ini ada kes pegawai SPRM yang dikatakan terbabit dalam kecurian wang yang dirampas dari bekas spy besar negara, Datuk Hasanah Abdul Hamid. Jumlah itu bukan kecil, RM25 juta.

Klik di sini untuk terus membaca