SHAH ALAM - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad meminta semua pihak yang terlibat dengan kelulusan pembangunan di enam kolam takungan banjir di Kuala Lumpur tampil memberikan penjelasan lanjut. Menurutnya, kelulusan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad meminta semua pihak yang terlibat dengan kelulusan pembangunan di enam kolam takungan banjir di Kuala Lumpur tampil memberikan penjelasan lanjut.

Menurutnya, kelulusan berkenaan tiada dalam pengetahuannya memandangkan beliau tidak terlibat dalam membuat keputusan berkenaan, namun penjelasan mengenai kewajaran di sebalik keputusan itu harus diberikan.

"Pihak-pihak yang terlibat boleh memberikan penjelasan, apa alasan atau pertimbangan sehingga kelulusan itu diberikan.

"Mungkin pada ketika itu Terowong SMART (Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir) sudah ada, jadi topografi dan hidrologi sudah berubah atau mungkin pada masa itu, kolam takungan jadi tidak sepenting ini lagi, itu saya tidak tahu.

"Dalam setiap pembangunan yang ingin dilakukan, kelulusan itu mesti bergantung kepada penilaian teknikal dari semua aspek.

"Mungkin dari aspek ini ia sudah diberikan kelulusan oleh pihak yang berautoriti termasuklah pihak yang membuat kajian,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2 yang kembali tular di media sosial, susulan pendedahan laporan enam kolam takungan banjir di Kuala Lumpur telah diluluskan untuk tujuan pembangunan.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, bagi menjawab persoalan ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan konsultan yang terlibat serta pihak pemaju mesti memberikan penjelasan sewajarnya agar isu ketelusan dalam kelulusan ini terjawab.

Namun, jika berlaku pelanggaran atau unsur penyalahgunaan kuasa, pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu melakukan siasatan.

BUKAN ZAMAN PH

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menjelaskan, pembangunan di enam kolam takungan banjir di Kuala Lumpur seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2 bukan diluluskan pada zaman Pakatan Harapan (PH).

Fahmi

Katanya, Kolam Takungan Taman Desa yang disebut dalam laporan itu telah diberi milik pada 12 Jun 2018, sedangkan Ahli Parlimen daripada PH, Khalid Abdul Samad dilantik ke kabinet sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 2 Julai 2018.

Sehubungan itu, katanya, persoalan mengenai kelulusan pemberi milikan kolam-kolam takungan banjir dari tahun 2015 hingga 2020 boleh dijawab oleh beberapa pihak lain.

"Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini ialah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (2013-2018), Tan Sri Annuar Musa (Mac 2020-Ogos 2021) dan Datuk Seri Shahidan Kassim (kini).

Jika tanah itu milik Persekutuan, isu ini boleh dijelaskan Ketua Setiausaha Negara pada masa itu iaitu Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Datuk-Datuk Bandar Kuala Lumpur,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca