28 MAC - Perwakilan UMNO sebulat suara putus kerjasama dengan Bersatu. Usul memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dipersetujui sebulat suara... Klik di sini untuk terus membaca

28 MAC - Perwakilan UMNO sebulat suara putus kerjasama dengan Bersatu. Usul memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dipersetujui sebulat suara perwakilan parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media selepas menggulung perbahasan berkata, perhimpunan kali ini turut meluluskan usul Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) seramai 42 orang tidak akan bersama kerajaan PN apabila Parlimen dibubarkan.

7 JULAI - UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin Selepas hampir lima jam bermesyuarat, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta-merta.

Penarikan diri itu menimbulkan ketegangan dalam UMNO apabila hanya kem presiden bersetuju dengan keputusan itu.

2 OGOS - Cubaan pembangkang berarak ke bangunan Parlimen gagal.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka kira-kira jam 10 pagi sebelum berarak ke Parlimen namun cubaan mereka untuk memasuki bangunan itu tidak berjaya. Mereka bertindak demikian selepas kerajaan menangguhkan sidang khas Parlimen akibat penularan Covid-19.

Antara yang hadir dalam perarakan tersebut ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

6 OGOS - Ismail Sabri umum 31 Ahli Parlimen BN masih sokong PN Naib Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umum seramai 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan terus kekal menyokong kerajaan sejajar dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya Perikatan Nasional (PN) meneruskan pentadbiran negara.

Pengumuman itu mencetus krisis bukan hanya dalam UMNO bahkan mengenai status sebenar kerajaan PN yang mungkin telah hilang majoriti.

16 Ogos - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap semasa sidang media pada hari terakhir beliau sebagai Perdana Menteri. -Foto Bernama

16 OGOS - Muhyiddin letak jawatan Perdana Menteri Tindakan beberapa lagi Ahli Parlimen BN antaranya Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Seri Azalina Othman, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Mohd Nizar Zakaria yang secara terbuka mengumumkan menarik sokongan terhadap Muhyiddin menyebabkan kerajaan PN semakin jelas hilang majoriti.Muhyiddin akhirnya terpaksa mengesahkan hakikat pahit itu apabila mengumumkan beliau dan barisan kabinetnya telah meletak jawatan secara rasmi.

17 OGOS - Debaran siapa calon PM Kekosongan kerusi nombor satu Putrajaya menimbulkan persoalan siapakah yang bakal menduduki jawatan itu. Tiga nama pemimpin UMNO yang disebut-sebut pada waktu itu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Tidak ketinggalan nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal turut disebut-sebut berikutan tiada parti yang berani mendedahkan gabungan mereka pada ketika itu.

20 Ogos - Ismail Sabri dilantik PM yang baharu.

20 OGOS - Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

27 OGOS - Kabinet baharu Malaysia. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan senarai kabinetnya yang menampilkan 31 menteri. Jemaah menteri itu dibantu oleh 38 timbalan menteri. Pengumuman tersebut walaupun kurang klimaks memandangkan ramai yang inginkan kabinet lebih kecil dengan wajah-wajah yang lebih segar, namun gabungan sokongan daripada parti yang sama iaitu BN, Bersatu, Pas, GPS menyebabkan Ismail Sabri tidak punya banyak pilihan.

13 SEPTEMBER - Kerajaan, pembangkang tandatangani MoU Politik Malaysia mencatat sejarah buat kali pertama apabila kerajaan dan pembangkang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam urusan pentadbiran negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, memorandum itu membentuk satu kerjasama dwi-partisan yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia.

4 Oktober - Idris (dua dari kiri) mengetuai sidang akhbar di sebuah hotel di bandar Melaka.

4 OKTOBER - Kerajaan negeri Melaka tumbang Desas-desus kemelut politik di Melaka terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili kerajaan negeri mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

10 OKTOBER - Abang PM tubuh Parti Kuasa Rakyat Sebuah parti politik baharu, Parti Kuasa Rakyat yang diterajui oleh Kamarazaman Yaakob iaitu abang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilancarkan. Beliau menegaskan, parti itu tidak didalangi oleh sesiapa, sebaliknya dibentuk bersama rakan-rakannya bagi memperjuangkan hak rakyat miskin di negara ini.

20 NOVEMBER - BN menang besar PRN Melaka. Mandat kerajaan negeri Melaka menjadi milik tunggal Barisan Nasional (BN) setelah disahkan memperoleh majoriti selesa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan memenangi 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan.

27 NOVEMBER - Maszlee Malik sertai PKR. Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik sah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bekas Menteri Pendidikan itu mengumumkan perkara itu dalam program Jelajah Presiden yang dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Kampung Baru Machap.

18 DISEMBER - GPS menang bergaya PRN Sarawak Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 menyaksikan penguasaan mutlak Gabungan Parti Sarawak (GPS) apabila gabungan politik itu membolot 76 daripada 82 kerusi yang dipertanding.

Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menghadap Lembaga Disiplin parti selepas didakwa mengibarkan bendera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama-sama bendera UMNO sebagai hiasan di ruang majlis perasmian mesyuarat UMNO bahagian Arau selain mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti.

Klik di sini untuk terus membaca