11 JANUARI - Enam negeri dikenakan PKP Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 tengah malam, 13 Januari sehingga 26 Januari 2021.
Arahan tersebut melibatkan enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
12 JANUARI - Proklamasi Darurat dilaksana Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan supaya Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos atau satu tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala pandemik Covid-19.
18 JANUARI - Pakej Permai RM15 bilion Kerajaan memperkenalkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 bilion.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pakej rangsangan itu sebagai tambahan kepada bantuan sedia ada susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ketika ini.
26 JANUARI - 12 juta vaksin daripada Pharmaniaga Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) membekalkan 12 juta dos vaksin CoronaVac Covid-19 kepada Kementerian Kesihatan susulan pemeteraian satu perjanjian oleh kedua-dua pihak.
Perjanjian itu dimeterai oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba sebagai mewakili kementeriannya dan Pharmaniaga diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Zulkarnain Md Eusope 25 FEBRUARI - Muhyiddin orang pertama terima vaksin di Malaysia Malaysia memulakan program vaksinasi percuma secara besar-besaran untuk penduduk negara ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya.
11 MAC - Kompaun RM10,000 langgar SOP PKP Individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, ia susulan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai jam 12.01 tengah malam 27 APRIL - Tak boleh balik kampung beraya Larangan rentas negeri masih kekal selaras dengan status baharu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat, Pemulihan dan Diperketatkan bagi negeri-negeri terlibat yang berkuat kuasa 29 April sehingga 17 Mei depan termasuk pergerakan pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri pada 13 Mei.
30 MEI - Mufti Perak meninggal dunia Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, yang sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selepas disahkan positif Covid-19, meninggal dunia.
28 JUN - Pakej bantuan Pemulih RM150 bilion Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan satu lagi pakej bantuan bernilai RM150 bilion yang diberi nama Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).
13 JULAI - 11 jam beratur di CAC Peningkatan mendadak kes Covid-19 menyebabkan berlaku kesesakan luar biasa di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC). Ramai pesakit yang mengeluh kerana terpaksa beratur hampir 11 jam hanya untuk membuat pemeriksaan di CAC.
Akibat menunggu terlalu lama banyak pesakit yang pengsan dan sesak nafas.
26 OGOS - Kes paling tinggi Bulan Ogos menjadi bulan kemuncak penularan Covid-19 di Malaysia. Kes harian paling tinggi yang pernah direkodkan sejak dua tahun ini ialah pada 26 Ogos iaitu sebanyak 24,599 kes positif.
Kes kematian harian paling tinggi juga dicatatkan pada bulan yang sama iaitu pada 10 Ogos dengan seramai 408 individu meninggal dunia.
11 OKTOBER - Kerajaan mula beri kelonggaran rentas negeri Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan keputusan itu, rakyat Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong dan sebagainya.
1 NOVEMBER - Kit ujian Covid-19 semurah RM6.90 Kit ujian kendiri Covid-19 boleh didapati pada harga serendah RM6.90 seunit di pasar raya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak tertentu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia susulan langkah perluasan penjualan kit ujian kendiri itu secara berperingkat termasuk di pasar raya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak.
25 DISEMBER - Ancaman varian baharu Omicron Sebanyak 62 kes Covid-19 varian Omicron telah dikesan di Malaysia setakat ini, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, 61 kes merupakan jangkitan import dari luar negara manakala satu kes lagi masih dalam siasatan yang disyaki jangkitan tempatan.
Klik di sini untuk terus membaca