SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohd Misbahul Munir Masduki mempersoalkan keikhlasan UMNO bagi mengukuhkan perpaduan ummah dalam kalangan parti-parti Melayu di negara ini kerana masih bersikap ego untuk berdamai dengan parti... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohd Misbahul Munir Masduki mempersoalkan keikhlasan UMNO bagi mengukuhkan perpaduan ummah dalam kalangan parti-parti Melayu di negara ini kerana masih bersikap ego untuk berdamai dengan parti serpihannya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Jelas bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak II itu, hal ini kerana episod perbalahan di antara UMNO dan Bersatu sebenarnya tidak seberapa jika dibandingkan ketegangan hubungan di antara UMNO dan Pas sejak 60 tahun lalu.

Ditambah ahli-ahli Bersatu sebahagian besarnya merupakan bekas ahli UMNO, Misbahul Munir yakin pemimpin-pemimpin UMNO mampu membuang rasa ego untuk berdamai dengan Bersatu yang baru setahun jagung dalam arena politik tanahair.

"Tiga parti iaitu Pas-UMNO-Bersatu sudah dianggap tonggak untuk membela nasib orang Melayu dan Islam di negara ini, jadi tiada sebab kami tidak boleh duduk bersama dan bersatu padu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

"Sejarah mengajar kita, jika parti-parti Melayu tidak bersatu, maka orang lain akan mengambil kesempatan.

"Ketegangan UMNO-Bersatu pun tidaklah sehebat ketegangan Pas-UMNO sejak 60 tahun lalu sehingga penubuhan Muafakat Nasional (MN). Jadi, takkan UMNO tidak boleh buang keegoan itu?" katanya kepada Sinar Premium pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang menegaskan kepentingan untuk memperkasakan MN dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU15.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, perundingan kerusi antara parti-parti Melayu-Islam perlu dilaksanakan semaksimanya bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam PRU15 dan bagi mendapat kemenangan dengan majoriti besar.

Terdahulu, badan tertinggi Pas itu mengadakan muzakarah yang berlangsung pada Rabu bagi membincangkan hala tuju taawun siyasi dan misi Pas bagi PRU15.

Mengulas lanjut, Mohd Misbahul Munir berkeyakinan majoriti kepimpinan UMNO sebenarnya bersemangat untuk menjayakan kerjasama dalam MN dan PN dengan mereka menyedari kepentingan perpaduan antara dua koalisi itu dalam mengukuhkan kuasa orang Melayu dan Islam.

Ujarnya, suara-suara sumbang yang mempertikaikan hasrat Pas untuk mengukuhkan MN dan PN hanyalah mewakili kelompok kecil sahaja dengan beliau yakin masalah dalaman UMNO mampu diselesaikan kepimpinan parti berkenaan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan adalah lebih baik buat parti itu memperkukuhkan kekuatan sendiri berbanding mengharapkan kepada pihak lain.

Menurutnya, hakikat tersebut diakui kebenarannya apabila langkah UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding solo di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuahkan hasil apabila memperoleh undi selesa.

"Memautkan kekuatan pada orang lain ini sukar... lebih baik kuatkan diri kita sendiri dan menang atas kekuatan. Itu sebab keputusan untuk pergi solo,” katanya kepada portal rasmi parti itu, UMNO Online pada Khamis.

Ahmad Maslan
Klik di sini untuk terus membaca