BENTONG - Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack mendakwa bahawa kejadian longgokan sisa pokok dan kayu balak di beberapa sungai di sini berlaku kerana kesan kumulatif pembukaan hutan yang banyak berlaku di sekitar kawasan berkenaan.
Menurut beliau, penanaman getah dan pokok musang king didapati telah meningkat sejak lima tahun lalu di sekitar kawasan tersebut.
Katanya, kegiatan pembalakan juga dipercayai ada berlaku di bahagian atas Sungai Perdak di sini.
"Ia mengambil masa (kesan pembukaan tanah) dan dalam beberapa tahun ini banyak aktiviti pembukaan hutan dan tanah. Jadi ini memang satu risiko,” katanya ketika mengulas mengenai punca longgokan tanah di beberapa sungai di sini.
Pada masa sama, beliau berkata, kejadian banjir yang disifatkannya sebagai sangat serius itu dilihat telah memberikan kesan yang sangat teruk kepada masyarakat di kawasan itu.
"Ada yang hilang semua. Ada yang hilang rumah, walaupun rumah masih ada tapi semua harta seperti kereta, perabot, semua habis,” ujarnya.
Klik di sini untuk terus membaca