BARU-baru ini, Awang tengok video yang dirakamkan oleh netizen yang paparkan deretan lori balak di tepi jalan.
Orang yang merakamkan video itu bertanya dari mana kayu balak itu, salah seorang pemandu terdengar menjawab "Dari Gua Musang.”
Imej lori balak yang berderet itu membuktikan bahawa pembalakan masih berleluasa di banyak negeri.
Ramai pakar alam sekitar yang salahkan pembalakan tidak terkawal sebagai salah satu punca banjir besar baru-baru ini.
Buktinya terdapat sisa balak yang turun bersama air banjir.
Apabila kawasan di balak, hutan akan rosak dan ekologi alam akan terjejas.
Awang tak tahu berapa lama syarikat balak akan terus diberikan konsesi menebang pohon-pohon hutan kita yang berharga.
Awang tak pasti berapa banyak keuntungan cukai pada kerajaan negeri. Tetapi yang kita tahu tauke balaklah yang untung besar.
Mereka tak peduli apa yang berlaku asalkan mereka dapat balak yang berharga.
Hutan kita yang berumur jutaan tahun musnah dalam masa sehari sahaja angkara pembalakan.
Hutan tropika kita unik dan dikagumi dunia.
Pada pendapat Awang kerajaan negeri kena fikirkan semula dasar pembalakan.
Ramai juga pakar alam sekitar percaya mengekalkan hutan untuk tujuan pelancongan eko lebih menguntungkan negeri dan rakyat dari membenarkan sebuah dua syarikat balak rosakkan hutan.
Sekiranya hutan dijaga, kemungkinan kerosakan alam sekitar dapat dikawal.
Banjir juga tidak akan jadi seburuk sekarang.
Klik di sini untuk terus membaca