SHAH ALAM - Salah seorang ahli Persatuan Hak Bapa Malaysia (FRAM) yang ingin dikenali sebagai Ahmad mengakui pernah dikurung di dalam rumah bekas isterinya ketika melawat anak mereka. Ahmad berkata, itu syarat yang perlu dia akur jika dia... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Salah seorang ahli Persatuan Hak Bapa Malaysia (FRAM) yang ingin dikenali sebagai Ahmad mengakui pernah dikurung di dalam rumah bekas isterinya ketika melawat anak mereka.

Ahmad berkata, itu syarat yang perlu dia akur jika dia hendak meluangkan masa bersama dengan anaknya apabila dia tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan kediaman bekas isterinya itu.

Ujarnya, paling lama dia berada dalam rumah tersebut adalah 4 jam dan hanya boleh bertemu seminggu sekali sahaja.

"Saya menghadapi masalah di mana bekas isteri saya bertegas mahu saya tengok anak saya dalam rumah dia.

"Setiap kali saya nak tengok anak, saya kena hubungi polis dan saya akan bawa mak saya untuk teman saya.

"Jadi saya akan diberi satu kawasan untuk saya bermain dengan anak saya,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, dia juga dilarang untuk mengambil gambar anaknya dan disiarkan dalam mana-mana media sosial sepanjang berada di rumah tersebut.

Dalam pada itu, kata Ahmad, di bawah perintah mahkamah, dia pernah dibenarkan untuk membawa anaknya balik ke rumah keluarganya.

Menurutnya, ia bertujuan supaya mereka boleh berkenalan dengan ahli-ahli keluarganya yang lain.

Bagaimanapun, jelasnya, ketika dalam perjalanan, anaknya ketakutan dan menangis sehingga menjerit ‘daddy’ jahat padanya.

"Jadi masa ambil itu, lima minit atau 10 minit saya keluar dari rumah dia, anak saya mula menangis dan menjerit ‘daddy’ jahat.

"Sebenarnya, saya rasa sangat sedih sebab perkara itu terjadi. Lepas dia cakap macam itu, dia terus menangis, kemudian saya terpaksa bawa dia ke rumah keluarga saya.

"Kemudian, selepas kejadian tersebut, saya cuba memujuk dia dan barulah berjaya berbaik semula dengan anak saya,” menurutnya.

Klik di sini untuk terus membaca