MAKIN panas cerita pasal pembalakan yang dikatakan antara penyebab utama banjir besar yang berlaku baru-baru ini. Macam-macamlah kecaman rakyat, terutamanya netizen tentang kerosakan hutan yang berpunca daripada pembalakan yang tak... Klik di sini untuk terus membaca

MAKIN panas cerita pasal pembalakan yang dikatakan antara penyebab utama banjir besar yang berlaku baru-baru ini. Macam-macamlah kecaman rakyat, terutamanya netizen tentang kerosakan hutan yang berpunca daripada pembalakan yang tak terkawal.

Awang juga tengok satu video seorang yang dakwa dirinya rapat dengan pihak-pihak tertentu yang pertahankan tindakan merosakkan hutan.

Ada pula komentar seorang wanita (khabarnya seorang Puan Sri yang juga aktivis alam sekitar) yang menangisi kerosakan disebabkan dibuat jalan balak di tempat itu. Air terjun di situ terjejas.

Tetapi orang dalam video berkenaan nampak angkuh malah menyuruh wanita berkenaan "telefon Tuhan” jikalau tak puas hati.

Awang tak pernah tengok begitu sekali kemarahan rakyat terhadap kerosakan alam sekitar sebelum ini. Nampaknya ini bukan lagi soal alam sekitar dan agenda aktivis alam sekitar tetapi sudah jadi isu rakyat.

Pelbagai video yang menunjukkan sisa-sisa pembalakan yang hanyut sampai ke hilir menyedarkan rakyat. Malah ada pula yang terang-terang mendakwa semua itu berpunca daripada rasuah dan amalan membenarkan syarikat balak berleluasa.

Macam wanita dalam video itu yang merayu pada rakyat oleh sebab beliau sudah tidak percaya orang politik akan menyelesaikan masalah itu. Awang yakin akan ada gerakan rakyat antipembalakan selepas musibah banjir ini.

Inilah masanya kita pastikan bahawa kesejahteraan rakyat lebih penting daripada keuntungan tauke balak dan orang tertentu yang melindungi mereka.

Klik di sini untuk terus membaca