INDIA dan Indonesia pernah berdepan krisis hospital akibat pertambahan kes Covid-19 yang melanda negara itu pada tahun lalu akibat varian Delta. Varian itu ditemui oleh saintis Afrika Selatan pada akhir tahun lalu dengan Delta bukan sahaja... Klik di sini untuk terus membaca

INDIA dan Indonesia pernah berdepan krisis hospital akibat pertambahan kes Covid-19 yang melanda negara itu pada tahun lalu akibat varian Delta.

Varian itu ditemui oleh saintis Afrika Selatan pada akhir tahun lalu dengan Delta bukan sahaja cepat merebak malah telah meragut banyak nyawa.

Namun, kini kemunculan varian baharu Omicron telah membadai Britain dengan hospital-hospital berdepan krisis kekurangan kakitangan dan fasiliti.

Britian berada dalam keadaan genting ketika ini disebabkan oleh gelombang jangkitan Omicron telah merekodkan lebih 200,000 kes harian pada Selasa lalu.

Sehingga Selasa juga, lebih 47 kematian lagi dilaporkan dalam data terbaharu yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Kemasukan para pesakit Covid-19 ke hospital-hospital tidak mencapai seperti sewaktu puncak gelombang koronavirus melanda negara berkenaan sebelum ini dan jumlah orang yang memerlukan mesin pernafasan masih lagi tidak terlalu ramai setakat ini.

Namun, apa yang menjadi masalah di hospital-hospital Britain dan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) yang dikendalikan oleh kerajaan ialah sebahagian besar kakitangan-kakitangan perubatannya yang terpaksa tinggal di rumah setelah diuji positif Covid-19.

Berikutan itu, Perdana Menteri, Boris Johnson berjanji akan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah kekurangan kakitangan perubatan kerajaan di kawasan-kawasan yang paling teruk dilanda Covid-19.

Britain kini mengalami penularan harian varian Omicron yang tinggi. - Foto AFP

KEMBALI BERPERANG

Johnson akhirnya terpaksa membuat pengakuan dengan menyatakan bahawa NHS kembali kepada persediaan perang untuk melawan gelombang Omicron yang ketika ini 'mengganas' sehingga menyebabkan klinik Nightingale terpaksa diaktifkan semula.

Klinik itu terpaksa beroperasi semula di hospital-hospital Britain sebagai persediaan untuk menerima kemasukan para pesakit Covid-19 yang disebabkan oleh varian Omicron yang mudah berjangkit dalam kalangan manusia.

"Justeru, sesiapa yang menganggap pertempuran kita dengan Covid sudah berakhir, saya takut, ia betul-betul salah. Ini adalah satu momen untuk kewaspadaan yang tinggi," kata Johnson pada satu sidang akhbar baru-baru ini.

Britain telah mengalami hampir 149,000 kematian sejak awal wabak pada awal tahun 2020.

Perdana Menteri itu menyatakan bahawa beliau menyedari ketidakhadiran kakitangan-kakitangan hospital adalah tinggi kerana Covid-19.

Bagi memastikan sistem kesihatan tidak terjejas, beliau memberitahu bahawa pihaknya akan memindahkan para pekerja ke kawasan-kawasan yang sangat terjejas akibat Covid-19.

Kira-kira 50,000 kakitangan NHS tidak hadir bekerja pada hari Jumaat lalu kerana sakit atau mengasingkan diri kerana Covid-19, lapor akhbar The Sunday Times.

Sebuah hospital di Plymouth, barat daya England, melaporkan bahawa hampir 500 kakitangannya tidak dapat hadir untuk bertugas kerana terjejas teruk disebabkan oleh Covid-19.

Justeru, adakah Britain akan berjaya mengatasi krisis hospital yang dihadapinya ketika ini? - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca