TERPERANJAT betul Awang apabila keluar berita bahawa 17 daripada 122 orang yang dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lalu didapati tidak punya rekod vaksinasi Covid-19. Malah 12 daripada 17 orang adalah mereka yang pulang dari umrah.... Klik di sini untuk terus membaca

TERPERANJAT betul Awang apabila keluar berita bahawa 17 daripada 122 orang yang dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lalu didapati tidak punya rekod vaksinasi Covid-19.

Malah 12 daripada 17 orang adalah mereka yang pulang dari umrah.

Soalan bodoh Awang adalah, bagaimanakah mereka boleh bolos keluar tanpa sijil vaksinasi yang sah? Apakah ada petualang di antara ejen umrah dengan pihak-pihak tertentu yang memboloskan mereka?

Benarkah ada sindiket sijil vaksinasi palsu seperti yang pernah dihebohkan satu masa dahulu?

Awang lebih kesal oleh sebab yang terbabit dengan kes penipuan ini adalah mereka yang hendak menunaikan ibadah penting bagi umat Islam.

Tidakkah mereka terfikir bahawa dengan berbuat demikian mereka sudah melakukan satu dosa penipuan? Apakah penipuan itu dihalalkan semata-mata kerana hendak ke Makkah?

Memang Awang sokong penuh siasatan mendalam dalam soal ini. Menteri Kesihatan perlu pastikan bahawa sistem MySejahtera itu betul-betul kebal.

Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula patut siasat di mana kebocoran berlaku hinggakan ada yang boleh lepas keluar.

Mana-mana agensi umrah yang terbabit harus dikenakan tindakan sewajarnya.

Awang tahu banyak yang marah apabila Jemaah Menteri arahkan penangguhan sementara aktiviti umrah selama sebulan bermula hari ini.

Memanglah ada pihak yang akan menanggung kerugian. Bak kata orang, seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit.

Akibat ada agensi umrah dan pihak-pihak penguat kuasa yang tidak bertanggungjawab, yang lain tanggung akibatnya.

Klik di sini untuk terus membaca