AWANG setuju sangat dengan banyak pihak bahawa sidang media Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LPPR, SPRM) lebih banyak timbulkan soalan daripada menjawab soalan sebenar. Banyak orang... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG setuju sangat dengan banyak pihak bahawa sidang media Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LPPR, SPRM) lebih banyak timbulkan soalan daripada menjawab soalan sebenar.

Banyak orang tidak yakin penjelasan Tan Sri Abu Zahar sebagai pengerusi. Mereka juga persoalkan penjelasan Ketua Pesuruhjaya SPRM mengenai saham atas nama beliau.

Tan Sri Azam Baki kata, saham itu dibeli oleh adiknya atas nama akaun beliau.

Berdasarkan peraturan Suruhanjaya Sekuriti (SC) semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik atau penama yang dibenarkan.

Peliknya adik Azam memang sudah ada akaun sendiri, mengapa perlu guna nama abangnya. Tidakkah beliau tahu bahawa abangnya memegang jawatan yang menuntut tahap integriti tinggi?

Harapan rakyat Malaysia adalah agar ada ketelusan dalam kes ini.

Bukanlah niat mana-mana pihak nak memburuk-burukkan Azam. Awang tak percaya ada konspirasi untuk menjatuhkan beliau.

Tapi beliau sepatutnya tahu SPRM adalah institusi yang penting. Pemimpinnya bukan sahaja harus bersih tetapi dilihat bersih.

Awang yakin suara yang mahukan ketelusan datang daripada semua pihak yang benci rasuah.

Rakyat daripada pelbagai kaum sudah jelak dengan pelbagai kes rasuah dan salah guna kuasa. Oleh sebab itu rakyat kecewa dengan sidang media LPPR Rabu lepas.

Macam kenyataan Rasuah Busters: "Kelemahan siasatan LPPR telah mengundang persepsi bahawa SPRM gagal berfungsi secara bebas.”

Klik di sini untuk terus membaca