SHAH ALAM - Wartawan Sinar Harian ditawarkan bayaran RM500 untuk mendapatkan sijil vaksin Covid-19 aplikasi MySejahtera. Tawaran itu diperoleh selepas wartawan berkenaan menghubungi nombor telefon bimbit yang mempromosikan sijil digital... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Wartawan Sinar Harian ditawarkan bayaran RM500 untuk mendapatkan sijil vaksin Covid-19 aplikasi MySejahtera.

Tawaran itu diperoleh selepas wartawan berkenaan menghubungi nombor telefon bimbit yang mempromosikan sijil digital vaksin MySejahtera di aplikasi WhatsApp.

Wartawan Sinar Harian yang melakukan penyamaran berpura-pura mahu mendapat sijil digital vaksin MySejahtera untuk ibu bapanya yang dikatakan uzur sebagai alasan tidak mahu mengambil suntikan vaksin.

Pada awal perbualan individu terbabit meyakinkan wartawan bahawa sijil digital berkenaan adalah asli untuk dua dos suntikan dan akan dimasukkan dalam aplikasi MySejahtera.

Ini bermakna jika sijil berkenaan asli, maka pemiliknya layak untuk menggunakan sijil berkenaan untuk apa jua urusan rasmi termasuk pergi ke luar negara.

Selepas bersetuju dengan harga, individu berkenaan meminta salinan kad pengenalan, alamat rumah dan sejarah penyakit ibu bapa wartawan berkenaan. Jika salinan telah diperoleh dan bayaran dibuat, barulah pihaknya akan mengemas kini sijil vaksin MySejahtera.

Iklan promosi penjualan sijil digital vaksin MySejahtera melalui WhatsApp.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis mengesan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila 17 daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah setakat Selasa tidak menerima suntikan vaksin.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan sedang meneliti alasan jemaah terbabit.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengakui terdapat kekhilafan dalam proses pemeriksaan sehingga 17 individu tanpa vaksin terlepas menunaikan umrah dan kemudian kembali ke Malaysia baru-baru ini.

Katanya, kesalahan tidak harus diletakkan kepada Jabatan Imigresen kerana setiap yang hadir ke sempadan negara sudah membawa pas pelepasan.

Klik di sini untuk terus membaca