RINTIHAN pengusaha kantin yang dipaparkan oleh Sinar Harian sedikit sebanyak telah memberi kelegaan kepada seluruh pengusaha kantin di negara ini. Ini kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan iaitu... Klik di sini untuk terus membaca

RINTIHAN pengusaha kantin yang dipaparkan oleh Sinar Harian sedikit sebanyak telah memberi kelegaan kepada seluruh pengusaha kantin di negara ini.

Ini kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan iaitu pengecualian daripada bayaran sewa selama enam bulan bermula pada Januari tahun ini.

Pengecualian bayaran sewa selama 6 bulan itu, membolehkan mereka menyusun semula kos operasi semasa yang telah sekian lama terkesan kerana pelaksanaan sistem penggiliran kehadiran murid bagi membendung penularan virus Covid-19 sejak hampir dua tahun kebelakangan ini.

Semenjak Covid-19 melanda, kebanyakan murid sama ada yang duduk di hostel atau luar sekolah tidak banyak berbelanja di kantin. Ini disebabkan prosedur operasi standard (SOP) dan ramai pelajar hanya makan di dalam kelas sahaja.

Bagi pelajar hostel, mereka akan tertumpu juadah di dewan makanan yang disediakan oleh pihak sekolah manakala murid luar akan membawa bekal makanan dari rumah.

Ini antara norma baharu yang terpaksa dihadap pihak kantin kerana kekurangan murid berbelanja khususnya membeli di waktu rehat atau seumpamanya.

Walaupun ada pengecualian bayaran sewa namun cabaran yang dihadapi pengusaha kantin ketika ini ialah kenaikan harga bahan mentah.

Nampaknya kelegaaan tidak bayar sewa diganti dengan tekanan harga mentah yang tinggi. Kenaikan bahan mentah semakin dirasai apabila harga ayam dan harga telur gred ‘B’ atau ‘C’ sentiasa berubah-ubah.

Walau apa pun berlaku kenaikan harga mentah, pihak kantin masih perlu mengekalkan harga patut kepada murid-murid sekolah.

Ini satu situasi sukar bagi pengusaha kantin, macam tiada jalan penyelesaian bagi kos barang mentah yang tinggi, ketiadaan pekerja tetap dan perkara-perkara lain.

Sehubungan itu, satu pelan jangka panjang perlu dikenal pasti jalan alternatif bagi masalah babitkan sekolah sekolah, PIBG dan pengusaha kantin.

Sementara itu bertahanlah wahai makcik-makcik kantin, hanya waktu yang menjadi jawapan kepada survival mereka ini.

* Meor Shahrom Ketua Unit Meja Bisnes

Klik di sini untuk terus membaca