SHAH ALAM - Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah, biarpun belum lengkap menerima vaksin Covid-19. Tuan Ibrahim yang juga... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah, biarpun belum lengkap menerima vaksin Covid-19.

Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden Pas menjelaskan terdapat kekeliruan beberapa pihak menuduh saya tidak divaksin sebelum menunaikan umrah.

Berikutan itu Ahli Parlimen Kubang Kerian berkenaan berkongsi maklumat membuktikan bahawa beliau sudah lengkap divaksinkan termasuk menerima dos ketiga atau suntikan booster.

Menurut tangkap layar sijil digital vaksin Covid-19 dikongsinya kepada wartawan Sinar Premium, Tuan Ibrahim dikatakan menerima suntikan pertama vaksin Pfizer di Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya pada 24 Mac 2021, disusuli dos kedua di tempat sama, pada 14 April 2021.

Tuan Ibrahim juga berkongsi tangkap layar sijil digital vaksin Covid-19 menunjukkan beliau menerima suntik dos penggalak atau booster jenis Pfizer di Pejabat Kesihatan Titiwangsa, Kuala Lumpur, pada 2 November lalu.

Isu vaksinasi membabitkan Tuan Ibrahim hangat diperkatakan selepas pendakwah bebas menempelak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Idris Ahmad, kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadapnya kerana membawa jemaah yang tidak divaksinasi menunaikan umrah.

Pendakwah itu dalam satu hantaran video di laman media sosialnya berkata, ahli Dewan Negara tersebut juga perlu berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Hal itu kerana, katanya, terdapat juga individu dalam kerajaan yang turut menunaikan ibadah umrah itu, namun tidak mendapatkan vaksin terbabit.

Pendakwah tersebut menamakan Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai salah seorang yang tidak lengkap vaksin itu.

"Saya ingin menjawab menteri agama, Ustaz Idris Ahmad, kononnya nak siasat saya sebab saya tak vaksin MM (meningococal meningitis). Vaksin MM ini adalah vaksin yang dapat (buku) warna oren, warna kuning itu.

"Hati-hati buat kenyataan. Ada beza vaksin MM dengan vaksin yang lain. Tuan Ibrahim Tuan Man, pemimpin Pas, orang yang bersama menteri agama sekarang bahkan Tuan Ibrahim menteri alam sekitar, beliau sewaktu banjir sebelum ini datang buat umrah tak ada vaksin MM," dakwanya.

Mengulas lanjut, pendakwah itu berkata, Idris seharusnya menyiasat Tuan Ibrahim terlebih dahulu sebelum meminta pihak berkuasa bertindak terhadap dirinya.

Tuan Ibrahim sebelum ini dilaporkan berada di Mekah kerana menunaikan umrah ketika negara dilanda musibah banjir besar sehingga mengorbankan banyak nyawa 18 Disember lalu.

Untuk rekod Tuan Ibrahim merupakan Timbalan Presiden Pas, manakala Idris adalah Naib Presiden parti itu.

Klik di sini untuk terus membaca