SHAH ALAM - Wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan dan digunakan pencarum selaras dengan Akta KWSP 1991. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, di bawah Seksyen 54 (K) (L) pencarum dibenarkan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan dan digunakan pencarum selaras dengan Akta KWSP 1991.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, di bawah Seksyen 54 (K) (L) pencarum dibenarkan keluarkan wang jika mereka memerlukan atau terdesak.

"Ada pindaan akta lagi di bawah klausa (M) dibolehkan kerana faktor pandemik. Bukan permintaan ini luar biasa kerana dibolehkan undang-undang dan Akta KWSP," katanya ketika Program Berani Semuka bertajuk KWSP: Lega sekarang, susah kemudian? pada Khamis.

Asyraf berkata demikian ketika membidas hujah Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang berpendirian wang KWSP tidak boleh dikeluarkan kerana terdapat RM5.8 juta atau 45 peratus pencarum mempunyai simpanan di bawah RM10,000 ke bawah.

"Kita bercakap pasal mereka yang susah, terkesan dan kehilangan pekerjaan terdiri 6.83 juta pencarum yang ada simpanan RM10,000 ke atas," katanya.

Menurutnya, kebanyakan mereka yang susah sekarang ini terdiri daripada pekerja sektor pelancongan, perhotelan, syarikat swasta yang dicutikan dan dibuang kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

"Kami (Pemuda UMNO) bukan nak hasut rakyat, kami jumpa dua kali Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz minta permudahkan urusan pengeluaran wang KWSP untuk rakyat buat kali yang terakhir ini," katanya.

Asyraf berkata, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) meskipun dianjak untuk golongan M40, ia tidak dapat membantu secara keseluruhannya.

"Kami dengar keluh dan denyut nadi rakyat, ramai tertekan dan susah sejak hujung tahun 2021 jadi bagilah mereka gunakan wang caruman KWSP terakhir," katanya.

Katanya, Pemuda UMNO juga faham kekangan kerajaan yang kini mempunyai hutang berjumlah RM1 trilion tidak mampu hendak bagi bantuan kepada semua, sehubungan itu secara realistiknya, rakyat perlu diberi kebenaran menggunakan wang KWSP mereka.

Klik di sini untuk terus membaca