SHAH ALAM – Pemuda UMNO Johor sentiasa bersedia jika Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan dalam masa terdekat. Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah bagaimanapun berkata, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad tidak... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM – Pemuda UMNO Johor sentiasa bersedia jika Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan dalam masa terdekat.

Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah bagaimanapun berkata, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad tidak menceritakan tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa perjumpaan bersama pihaknya.

"Kita pemuda hanya mendengar gembar-gembur yang menyatakan PRN dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Mohd Hairi menambah, disebabkan itu, beliau tidak mengeluarkan kenyataan mengenainya.

"Hari ini digembar-gembur PRN. Kalau kita lihat, esok pun hari Sabtu, mana kerajaan buka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Hairi menjangkakan kemungkinan besar akan berlaku pertandingan tiga penjuru atau lebih jika diadakan pilihan raya.

Beliau berkata, BN juga berpeluang menang jika berlaku pertandingan tiga penjuru di Johor.

"Rakyat bukan nak melihat daripada paras rupa mahupun golongan-golongan elit tetapi rakyat mahukan kestabilan semula.

"Kalau kita lihat di Melaka, transformasi daripada UMNO ialah meletakkan calon-calon yang baharu. Bukan muda tetapi tidak pernah bertanding. Yang bertanding (muka lama) mungkin mempertahankan (kerusi sebelum ini)."Di situlah rakyat mahu melihat pembaharuan,” jelas beliau.

Klik di sini untuk terus membaca