RAKYAT amat hargai pandangan Baginda Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah tentang perubahan iklim dan penjagaan alam sekitar.
Baginda bertitah dalam satu majlis sempena ulang tahun ke-50 World Wide Fund (WWF) Malaysia.
Titah baginda, banjir besar yang berlaku baru-baru ini adalah akibat perubahan iklim.
Oleh yang demikian, baginda mahukan pemuliharaan alam sekitar diberikan perhatian yang besar.
Baginda mahukan kita menjaga sumber semula jadi yang tidak ternilai termasuk hutan tropika dan kekayaan alam di dalamnya.
Kebetulan pula beberapa hari sebelum itu, Tan Sri Johan Jaaffar mewawancara Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, Presiden Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (PEKA).
Awang kagum Puan Seri yang turun sendiri ke padang, maksudnya masuk hutan, merakamkan kemusnahan akibat pembalakan.
Banyaklah video beliau yang viral di media sosial. Kita patut puji keberanian beliau yang luar biasa itu.
Beliau mengakui tak mudah untuk berhadapan dengan tauke balak yang punya connection sampai ke kayangan.
Tapi beliau nampaknya bertekad untuk terus bersuara dan berjuang.
Menurut Puan Sri itu lagi, hanya tinggal 18 peratus hutan tropika di negara kita.
Peratusnya semakin menurun sekiranya kita tidak peka apa yang berlaku.
Klik di sini untuk terus membaca