SARAJEVO - Gerakan untuk memecahkan Bosnia dan Herzegovina daripada terus menjadi sebuah negara persekutuan semakin diperhebatkan sejak akhir-akhir ini. Pemecahan itu kini diketuai oleh pemimpin politik Serbia, Milorad Dodik yang juga... Klik di sini untuk terus membaca

SARAJEVO - Gerakan untuk memecahkan Bosnia dan Herzegovina daripada terus menjadi sebuah negara persekutuan semakin diperhebatkan sejak akhir-akhir ini.

Pemecahan itu kini diketuai oleh pemimpin politik Serbia, Milorad Dodik yang juga Presiden bersama negara berkenaan.

Beliau menetapkan usul pada bulan Disember tahun lalu untuk Republik Sprska menarik diri daripada menyertai pemerintahan pusat negara tersebut.

Ini bermakna republik itu akan menarik diri daripada pemerintahan pusat negara sekali gus mempunyai pasukan tentera, badan kehakiman dan sistem cukainya yang tersendiri.

Pada 10 Disember tahun lalu, Parlimen Republik Sprska yang mewakili penduduk Serbia Bosnia telah mengarahkan kerajaan tempatan bersiap sedia untuk menarik diri daripada pemerintahan pusat itu dalam tempoh enam bulan akan datang.

Sebagai tindak balas, Pejabat Pendakwa Raya Bosnia dan Herzegovina telah melancarkan satu siasatan terhadap kepimpinan Republik Sprska atas dakwaan ia menggugat ketenteraman Perlembagaan.

Bagaimanapun, Dodik melabelkan siasatan itu mempunyai motif politik dengan alasan ia diadakan untuk mengganggu kestabilan Republik Srpska.

Republik Sprska menyambut ulang tahun penubuhannya pada minggu lalu. - AFP

Rancangan pemimpin Serbia itu telah menimbulkan kebimbangan terhadap keamanan negara yang kelihatan rapuh dan risiko berlakunya konflik baharu di Bosnia dan Herzegovina yang dibahagikan mengikut garis etnik selepas berlakunya perang kejam pada tahun 1990-an.

Anggaran kematian akibat perang itu ialah hampir atau kira-kira 100,000 nyawa termasuk kira-kira lebih 7,000 penduduk Islam.

Namun, kuasa-kuasa Barat telah mengecam inisiatif pemecahan negara tersebut.

Dodik yang merupakan anggota Majlis Kepresidenan Bosnia dan Herzegovina turut membuat ucapan berterus-terang pada ulang tahun ke-30 penubuhan wilayah Serbia Bosnia itu pada minggu lalu.

Kira-kira 800 anggota polis Republik Sprska menyertai lebih 2,000 peserta perarakan yang turut termasuk anggota veteran tentera, pekerja bantuan dan pelajar dengan ribuan penonton menyaksikan perarakan tersebut di Banja Luka.

"Kami membentuk Republik Srpska kerana kami tahu tiada kebebasan untuk rakyat Serbia jika mereka tidak mempunyai negeri mereka,” kata pemimpin Dodic iaitu ahli Majlis Kepresidenan yang mewakili tiga pihak dalam sambutan ulang tahun tersebut seperti dilaporkan oleh AFP.

"Republik Srpska adalah negeri kita. Matlamat kita ialah keamanan dan mempertahankan kebebasan kita,” katanya lagi.

Selepas lebih 25 tahun keamanan yang tidak tenteram, Dodik telah mula membuat langkah-langkah untuk keluar dari Persekutuan Bosnia dan Herzegovina.

Selama 15 tahun, Dodik telah memegang tampuk kuasa dalam entiti Serb di Bosnia iaitu di Republik Sprska dan kerap mengancam untuk berpisah dengan pihak persekutuan itu secara terbuka.

Nada demokrat sosial yang pernah berubah menjadi ultra nasionalis nampaknya mengeras sejak akhir-akhir ini apabila beliau membentangkan pelan tindakan untuk memisahkan negara Bosnia dan Herzegovina apabila beliau menggelarkannya sebagai sebuah negara gagal.

Negara itu berdepan krisis paling berbahaya sejak perjanjian damai Dayton dimeterai, tambah Sefik Dzaferovic yang merupakan warga Bosnia beragama Islam dan menganggotai Majlis Kepresidenan negara tersebut.

Seorang lagi anggota Majlis Kepresidenan itu ialah Zeljko Komsic yang mewakili penduduk Croatia.

Zeljko Komsic

Di sebalik rayuan daripada Dzaferovic dan lain-lain, masyarakat antarabangsa sebahagian besarnya berdiam diri mengenai langkah terbaharu Dodik.

Negara Bosnia dan Herzegovina itu wujud apabila perjanjian damai Dayton ditandatangani pada tahun 1990-an.

Berikutan perang kejam selama bertahun-tahun pada 1990-an itu, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terlibat dalam konflik Bosnia sehingga menyebabkan Perjanjian Dayton dapat dicapai.

Perjanjian itu turun menyusun birokrasi dan bertujuan untuk mencegah keganasan antara kaum pada masa hadapan.

Ia membahagikan negara tersebut kepada dua entiti separa autonomi iaitu entiti Persekutuan yang dikuasai penduduk Muslim dan Croatia manakala Republik Srpska pula dikendalikan oleh Serbia.

Pelan penubuhan negara baharu itu telah dibentangkan kepada Moscow dan Dodik pernah menyampaikan butirannya kepada Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov di Belgrade baru-baru ini.

Perang Bosnia menyebabkan lebih 7,000 penganut Islam terkorban.

Dodik pula ialah sahabat lama Israel dan pernah menyuarakan sokongan bagi menentang tembakan roket Palestin dan menaikkan bendera Israel di pejabatnya di Banja Luka.

Kini, Bosnia dan Herzegovina sedang menghadapi krisis politik dan keselamatan terbesar sejak berakhirnya perang yang kejam pada Disember 1995.

Klik di sini untuk terus membaca