SHAH ALAM - Setiausaha Agung Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, Shahrin Darus mengesahkan ramai peniaga masih sukar untuk memulakan semula perniagaan kerana tiada modal dan kurang pelanggan.
Malah katanya, ada peniaga yang terpaksa gulung tikar dan melepaskan premis perniagaan sedia ada bagi menampung kehidupan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
"Walaupun kerajaan membenarkan peniaga barangan bukan keperluan beroperasi, tidak ramai yang kembali berniaga.
"Contohnya di Pasar Chow Kit, ramai peniaga gusar kerana tiada pelanggan disebabkan mereka masih takut untuk keluar membeli-belah. Orang ramai lebih selesa membeli secara dalam talian,” katanya.
Dalam pada itu, Shahrin memberitahu, peniaga kini juga bimbang penularan varian Omicron akan menyebabkan sekatan pergerakan dilaksanakan semula.
"Permohonan untuk dapatkan tapak bazar Ramadan di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur sepatutnya sudah penuh tetapi sebaliknya berlaku akibat kebimbangan tersebut,” ujarnya.
Klik di sini untuk terus membaca