SHAH ALAM- Pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak dua tahun lalu memberikan tekanan yang cukup besar khususnya kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS), namun pada masa yang sama turut membuka ruang kepada usahawan-usahawan baharu.... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM- Pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak dua tahun lalu memberikan tekanan yang cukup besar khususnya kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS), namun pada masa yang sama turut membuka ruang kepada usahawan-usahawan baharu.

Ketua Eksekutif Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Ong Ooi Heng menyifatkan perkara itu sebagai satu fenomena baharu yang memberikan persaingan sihat.

Menurutnya, antara sektor yang terjejas teruk adalah bidang perhotelan dan pelancongan tetapi ada beberapa sektor yang tidak terkesan, malah mungkin membuka peluang untuk usahawan memperluas perniagaan mereka.

"Antara perniagaan yang mendapat sambutan adalah yang berkaitan internet, e-dagang dan penghantaran. Begitu juga bagi mereka yang menawarkan perkhidmatan membuat laman web dan e-mel untuk syarikat-syarikat kecil serta perkhidmatan menyediakan barangan secara dalam talian.

"Walaupun wujud persaingan, saya melihatnya sebagai persaingan yang baik kerana usahawan baharu belum ada peluang yang cukup besar untuk memasuki pasaran yang begitu sengit kerana sepanjang sekatan pergerakan, ada kekangan tertentu.

"Jadi, mereka hanya mengambil kesempatan daripada pasaran yang terhad tapi masih mampu untuk mengambil peluang ini untuk membuat sesuatu bagi memperbaiki ekonomi masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya mengenai kesan pandemik, Ooi Heng berkata, banyak syarikat-syarikat PKS yang terpaksa ditutup kerana tidak mampu lagi bertahan dan tidak mengambil pendekatan untuk berubah.

Klik di sini untuk terus membaca