DI sebalik banjir besar yang melanda negara Disember lalu, pakar-pakar iklim memberi amaran akibat perubahan iklim dunia, Malaysia dijangka berdepan peningkatan suhu tiga hingga empat darjah Celsius menjelang penghujung abad ke-21 jika... Klik di sini untuk terus membaca

DI sebalik banjir besar yang melanda negara Disember lalu, pakar-pakar iklim memberi amaran akibat perubahan iklim dunia, Malaysia dijangka berdepan peningkatan suhu tiga hingga empat darjah Celsius menjelang penghujung abad ke-21 jika pemanasan global tidak dikekang.

Pengerusi Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Fredolin Tangang berkata, cuaca ekstrem, bencana iklim seperti banjir dan kemarau juga dijangka meningkat dengan kekerapan serta keamatan.

Katanya, jika kini purata suhu panas di Malaysia sekitar 34 hingga 35 darjah Celsius, ia boleh boleh melonjak sehingga 39 darjah Celsius dalam beberapa dekad lagi.

Terangnya, hal ini disokong oleh Laporan Penilai Perubahan Iklim ke-6 Panel Perubahan Iklim Antara-Kerajaan atau Inter-Governmental Panel on Climate Change (IPCC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 9 Ogos 2021.

Peningkatan tersebut juga telah ditunjukkan sejak lebih tiga dekad lalu di Malaysia, berdasarkan data Jabatan Meteorologi yang menunjukkan bacaan kenaikan suhu di beberapa lokasi antara 0.2 hingga 0.6 peratus sejak tahun 1991 hingga tahun 2020.

Katanya, berdasarkan laporan kepekatan gas karbon dioksida (CO2) di atmosfera kini telah mencapai 410 bahagian per sejuta (ppm) dan jauh tinggi berbanding julat variasi semula jadi antara 200-300ppm sejak sekurang-kurang dua juta tahun.

"Akibat peningkatan itu, sistem iklim dunia memerangkap haba sejak 1970-an dan ini menyebabkan peningkatan purata suhu dunia kini telah mencapai 1.1 darjah Celsius berbanding suhu purata dunia sebelum zaman perindustrian di Eropah,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, laporan itu juga disifatkan ‘isyarat kecemasan’ kepada kemanusiaan sejagat.

Bacaan kenaikan suhu di beberapa lokasi di Malaysia juga sudah mencatatkan kenaikan antara 0.2 hingga 0.6 peratus sejak tahun 1991 hingga tahun 2020.

"Perubahan dalam komponen sistem iklim kini begitu ketara dan mempengaruhi kekerapan dan keamatan cuaca ekstrem seperti hujan lebat, banjir, kemarau, dan gelombang haba,” katanya.

Tegasnya, negara telah membuktikan trend peningkatan cuaca ekstrem seperti kekerapan banjir yang meningkat sejak 20 -30 tahun lalu termasuklah banjir besar pada Disember 2014 dan yang terbaru 18 Disember lalu yang menyebabkan kerugian besar terpaksa ditanggung pihak terlibat.

"Selain banjir, kita juga berdepan ancaman kemarau, gelombang haba serta masalah kenaikan aras laut yang diunjurkan boleh mencapai 1 meter pada hujung abad ke-21,” kata Fredolin.

Menurutnya, jika dunia gagal mengekang peningkatan suhu di bawah 1.5 darjah Celsius seperti yang dimandatkan dalam Perjanjian Paris yang diratifikasi 175 negara, kekerapan dan keamatan cuaca ekstrem akan terus meningkat sehingga memberi impak yang buruk kepada penduduk dunia dan alam sekitar.

FAKTOR PENYUMBANG

Sejak revolusi industri, manusia telah membakar sejumlah besar arang batu, petroleum dan bahan bakar fosil lain untuk menghasilkan haba serta elektrik.

Aktiviti itu membebaskan karbon dioksida, gas rumah hijau yang paling banyak dihasilkan manusia ke atmosfera.

Akibatnya, lebih banyak haba yang sepatutnya terbebas ke angkasa terperangkap dalam atmosfera.

Tahap ‘sumbangan’ negara- negara di dunia terhadap pembebasan gas-gas rumah hijau berbeza bergantung saiz populasi dan ekonomi negara berkenaan.

Malaysia menyumbang kurang satu peratus, bagaimanapun secara per kapita, Malaysia adalah antara tertinggi berbanding dengan negara-negara di rantau ini.

Kadar peningkatan suhu di rantau Asia Tenggara agak seragam iaitu sekitar 1.0 darjah Celsius.

Sementara itu, dua negara utama yang menjadi penyumbang kepada pembebasan gas-gas rumah hijau kini ialah China dan Amerika Syarikat, masing-masing dengan 27 dan 11 peratus dari jumlah pembebasan tahunan yang kini sekitar 51 GtCO2e.

Pun begitu kata Fredolin, perubahan iklim di Malaysia pada ketika ini masih berada pada tahap sederhana namun berpotensi meningkat sekir

anya pemanasan global gagal dikekang.

Katanya, jika diukur dengan skala satu hingga 10, Malaysia berkemungkinan berada pada skala lima relatif kepada negara- negara lain.

Klik di sini untuk terus membaca