SHAH ALAM - Ramalan status terkini El Nino dikemaskini Jabatan Meteorologi setakat 11 Januari lalu menyatakan keadaan La Nina lemah sedang berlaku dan dijangka berterusan dengan kebarangkalian 95 peratus sehingga bulan Mac.
Pengurangan hujan dijangka berlaku terutama di Semenanjung dan Sabah sepanjang tempoh ramalan tersebut.
Suhu maksimum harian yang direkodkan di stesen meteorologi untuk tempoh 4 hingga 10 Januari 2022 di Semenanjung ialah antara 28.7°C – 35.9°C manakala di Sabah dan Sarawak antara 26.3°C – 34.7°C.
Suhu maksimum harian tertinggi yang direkodkan dalam tempoh terbabit adalah 35.9°C iaitu di Butterworth, Pulau Pinang pada 8 Januari berbanding rekod tertinggi di Malaysia iaitu 40.1°C di Chuping Perlis pada 9 April 1998 semasa episod El Niño kuat.
Dalam pada itu, status cuaca panas di Semenanjung dikemaskini setakat 17 Januari merekodkan suhu maksimum harian kurang daripada 35°C kecuali di kawasan Prai yang berada pada tahap 1 (Berjaga-jaga) iaitu suhu maksimum harian 35°C hingga 37°C sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Klik di sini untuk terus membaca