MAKIN hangat nampaknya isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Terbaharu, beliau enggan hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang dijadualkan hari ini (Rabu). Khabarnya... Klik di sini untuk terus membaca

MAKIN hangat nampaknya isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terbaharu, beliau enggan hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang dijadualkan hari ini (Rabu). Khabarnya Tan Sri Azam Baki bantah cadangan agenda yang ditetapkan oleh jawatankuasa tersebut.

Maka banyaklah yang beri pendapat tentang hal itu. Banyak juga yang buat macam-macam spekulasi ekoran enggannya Azam hadir.

Ada yang buat tafsiran mengapa Azam begitu berani dan tegas sekali. Ia cara atau pendekatan bukan calang-calang penjawat awam.

Ada yang kata itu bukti beliau tak bersalah, ada pula yang kata itu buktinya beliau hendak menutup sesuatu. Ada yang kata Azam 'kebal' oleh sebab dia tahu banyak rahsia. Wallahuaklam, Awang pun naik bingung dibuatnya.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Tan Sri Rais Yatim kata, mana-mana individu yang disepina oleh sebarang jawatankuasa khas Parlimen perlu hadir mengikut Akta Keistimewaan dan Kuasa Parlimen 1952. Rais juga akui pernah jumpa Azam dan nasihatkannya agar hadir dalam prosiding bagi membersihkan dirinya.

Rais juga atas kapasitinya Pengerusi JKMR secara terbuka nasihatkan Azam agar berehat sekejap.

Awang cuma harapkan hal ini segera diselesaikan demi nama baik SPRM dan negara kita.

Klik di sini untuk terus membaca