SHAH ALAM - Biarpun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) gagal membuktikan terdapat sebarang pelanggaran Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung pemilikan saham menerusi akaun dagangan Tan Sri Azam... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Biarpun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) gagal membuktikan terdapat sebarang pelanggaran Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung pemilikan saham menerusi akaun dagangan Tan Sri Azam Baki, namun tidak bermakna Ketua Pesurujaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu tidak bersalah dan bebas daripada semua tuduhan berkenaan.

Peguam Kanan Haniff Khatri Abdulla berkata, isu pegangan saham oleh Azam pada 2015 hingga 2016 adalah membabitkan dua perkara berbeza dan belum ada keputusan muktamad mengenai siasatan lanjut.

Beliau berkata, isu pertama perlu dijawab adalah sama ada adalah satu pelanggaran undang-undang dalaman bagi kakitangan awam atau pun tidak apabila Azam mengaku akaunnya digunakannya adiknya sendiri pada 5 Januari lalu.

"Ini kerana di bawah Pekeliling No 3 Tahun 2002 adalah jelas bahawa mana-mana penjawat awam perlu mendedahkan dan melaporkan kepada pihak tertentu dalam surat berkenaan mengenai pegangan saham atau aset alih. Dan terdapat peruntukan mengenai jumlah maksimum yang boleh dilaburkan dalam pegangan saham.

"Persoalan kedua, bilakah siasatan ini akan dijalankan kerana Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Tan Sri Dr Rais Yatim, telah menyatakan perkara sama, pada 14 Januari lalu.

"Rais juga menegaskan kes berkenaan patut disiasat oleh pihak berkuasa dalam perkhidmatan awam sama ada oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Pengerusi Surahanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk melihat sama ada wujud pelanggaran peraturan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib diambil ke atas Azam," katanya kepada wartawan Sinar Premium pada Rabu.

Beliau berkata, selagi persoalan itu tidak dijawab, nama dan imej Azam selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM pastinya akan terus tercalar.

Tan Sri Azam Baki perlu mengambil contoh ditunjukkan oleh Tan Sri Abu Zahar Ujang yang menyerahkan kepada kerajaan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengambil tindakan lanjut terhadap susulan kenyataannya yang memberi gambaran bahawa LPPR telah membersihkan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan sebelum ini.

"Jadi bagi saya sebagai pengamal undang-undang dan peguam serta rakyat Malaysia secara objektif, kerajaan perlu lebih serius menangani isu ini kerana ia membabitkan soal kedaulatan undang-undang negara ini," katanya.

Terdahulu, SC merumuskan bahawa berdasarkan siasatan, ia tidak dapat membuktikan terdapat pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) SICDA berhubung pemilikan saham menerusi akaun dagangan Azam, berdasarkan bukti yang dikumpulkan.

Klik di sini untuk terus membaca