SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mengambil pendekatan 'kunci mulut' berhubung isu pemecatan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat.Tuan... Klik di sini untuk terus membaca
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mengambil pendekatan 'kunci mulut' berhubung isu pemecatan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, beliau enggan mengulas lanjut kerana keputusan pemecatan bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkenaan dibuat mengikut peraturan dan Perlembagaan Pas.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Air juga menegaskan semua urusan parti perlu diselesai secara dalaman tanpa membabitkan orang luar.

"Tak perlu komen. Keputusan dibuat mengikut peraturan Dan perlembagaan parti. Urusan dalaman parti, ia diselesaikan secara dalaman parti," katanya dalam kenyataan ringkas kepada wartawan Sinar Premium.

Terdahulu, Sinar Premium melaporkan isu pemecatan Khairuddin sebagai AJK Pas Pusat semakin bercelaru apabila difahamkan sehingga kini Ahli Parlimen Kuala Nerus itu belum menerima sebarang surat rasmi daripada ibu pejabat parti itu.

DR KHAIRUDDIN


Malah, menurut sumber terdekat, sehingga semalam Khairuddin tidak pernah dipanggil oleh Jawatankuasa Disiplin Pas untuk membela diri atau diberikan surat tunjuk sebab.

"Ini kerana, saya difahamkan sehingga kini Khairuddin belum menerima surat rasmi berhubung pemecatan kerana masalah disiplin daripada Pas Pusat.

"Saya juga pelik dengan keputusan pemecatan Khairuddin kerana sehingga kini jawatankuasa disiplin parti belum memanggil beliau untuk membela diri? Adakah Jawatankuasa Pas Pusat memanggil Khairuddin untuk membela diri atas tuduhan melanggar disiplin? " katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Premium pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau juga mempersoalkan sama ada pemecatan Khairuddin mendapat sokongan majoriti AJK Pas Pusat atau didalangi individu tertentu sahaja.

"Adakah pemecatan beliau dilakukan sebulat suara AJK Pas pusat atau majoriti? Adakah AJK Pusat diberi peluang untuk berbincang dan memberi pandangan dalam isu ini semasa mesyuarat baru-baru ini?

Ini kerana difahamkan rungutan AJK Pas Pusat yang mereka tak diberi peluang untuk bertanya dan memberikan pandangan?" katanya. Klik di sini untuk terus membaca