RAMAIlah orang kecewa dengan ucapan Tuk Seri Perdana Menteri di Parlimen pada hari Khamis lepas. Beliau nampaknya tak mahu mengakui kesilapan kerajaan dalam peristiwa banjir besar di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pahang.
Maka banyaklah alasan yang diberikannya mengapa kerja-kerja menyelamat jadi lambat.
Kita semua tahu apa yang berlaku. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dikecam kerana tidak bertindak. Agensi penyelamat yang lain tak dikerah dengan cepat. Pihak tentera bertindak sendiri hantar petugas dan aset.
Di Selangor, Menteri Besar hantar mesej pada Tuk Seri Perdana Menteri dan NADMA malam itu. Keadaan pada malam 17 Disember itu sangat cemas.
Netizen menghantar pelbagai video, gambar dan mesej daripada mereka yang terperangkap. Ramai ahli Parlimen dan dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bekerja keras tak kira parti, walaupun ada yang bercuti atau tunai umrah.
Pada pendapat Awang, tak patut Tuk Seri Perdana Menteri menyalahkan orang lain termasuk kerajaan negeri Selangor.
Nak kata mereka yang terbabit tak mahu pindah kerana takutkan pencuri sangat tak munasabah. Ini soal nyawa. Orang duduk atas bumbung, tak ada masa nak fikirkan pencuri.
Patutnya Tuk Seri Perdana Menteri buat post-mortem apa yang berlaku.
Sampai hari ini, mereka yang terjejas banjir tak salahkan orang lain melainkan kerajaan Pusat dan NADMA.
Klik di sini untuk terus membaca