AWANG nak ucapkan syabas pada Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang bekerja lebih masa nampaknya nak selesaikan kes Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kenyataan pertama SC dikeluarkan pada hari Selasa, yang... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG nak ucapkan syabas pada Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang bekerja lebih masa nampaknya nak selesaikan kes Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kenyataan pertama SC dikeluarkan pada hari Selasa, yang merupakan cuti Thaipusam bagi seluruh negara. Nampaknya ramailah orang SC yang bekerja lebih waktu untuk pastikan kenyataan itu diedarkan pada media.

Kenyataan itu mengatakan bahawa "SC tidak dapat memastikan secara muktamad bahawa pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) telah berlaku.”

Tan Sri Azam Baki bolehlah menarik nafas lega. Tapi nampaknya kenyataan itu tak meredakan keadaan.

Banyaklah pihak yang menanyakan keputusan SC itu. Mereka mahukan penjelasan lanjut.

Ada yang persoalkan kenapa ada orang yang membuat kesalahan yang sama telah didenda tetapi dalam kes Azam, tidak begitu.

Ada pula gerakan mahu mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur sebagai tanda protes hari ini.Tambah pelik lagi apabila SC keluarkan kenyataan lain pada 19 Januari lalu, bahawa Azam ialah pemilik akaun sebenar. Menurut SC beliau merupakan pengguna akaun itu untuk "membeli, menjual dan memindahkan saham”.

Sedangkan selama ini kita dengar beliau sendiri kata adiknya yang gunakan akaun itu untuk jual beli saham! Isu yang jadi panas selama ini adalah kerana adiknya gunakan akaun beliau. Jika itu berlaku memang melanggar peraturan SC.

Jadi siapa yang betul? Mungkin Pengerusi Panel Penasihat SPRM, Tan Sri Abu Zahar Ujang boleh tolong jelaskan.

Klik di sini untuk terus membaca