JOHOR BAHRU - UMNO Bahagian Pulai mencadangkan calon daripada MIC diberi peluang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Ketua Bahagiannya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya... Klik di sini untuk terus membaca

JOHOR BAHRU - UMNO Bahagian Pulai mencadangkan calon daripada MIC diberi peluang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Bahagiannya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya memahami kerusi berkenaan adalah kerusi tradisi MCA dalam beberapa siri Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, melihat situasi terkini dan polemik politik di Johor, satu keputusan yang lebih segar dan tidak dijangka mungkin diperlukan untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat.

"Kita faham kerusi itu merupakan kerusi tradisi MCA, dan tidak dinafikan kawasan itu juga komposisi pengundi Cina ramai. Namun keadaan berlaku sekarang kita lihat sokongan daripada kaum itu juga masih tidak menentu.

"Walaupun pendapat saya UMNO mungkin mempunyai peluang jika menyandang kerusi itu, tetapi kita menghormati komponen lain dalam Barisan Nasional (BN), dan apa salahnya jika kita mencadangkan pula MIC bertanding.

"Selepas dua siri kekalahan, kita boleh gunakan strategi baharu, yang mana semestinya MIC juga mempunyai calon berkaliber dan paling utama adalah muka baharu yang lebih segar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Klik di sini untuk terus membaca