SHAH ALAM - Seksyen 30 (7) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memberi perlindungan atau imuniti mutlak terhadap pertuduhan atas apa-apa kesalahan. Peguam Muhammad Akram Abdul Aziz berkata, sebaliknya SPRM masih... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Seksyen 30 (7) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memberi perlindungan atau imuniti mutlak terhadap pertuduhan atas apa-apa kesalahan.

Peguam Muhammad Akram Abdul Aziz berkata, sebaliknya SPRM masih mempunyai bidang kuasa dan budi bicara untuk membuat pertuduhan terhadap pihak yang memberikan maklumat tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai Mahkamah Tinggi pada Isnin menolak hujahan pembelaan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu menerima imuniti pendakwaan mahkamah.

"Seksyen ini lebih merujuk kepada fakta di mana perbuatan memberikan maklumat tersebut yang dikecualikan daripada dijadikan asas pertuduhan.

"Contohnya, jika individu memberikan maklumat kepada SPRM (sebelum Seksyen 30(7) dimansuhkan), dia berkemungkinan dapat menggunakan seksyen ini untuk melindungi dirinya daripada tindakan undang-undang yang mungkin diambil ekoran tindakan mendedahkan maklumat tersebut kepada SPRM.

"Bagaimanapun, dalam kes Ahmad Zahid, SPRM mendakwa mereka tidak pernah bersetuju pun untuk beri imuniti kepada beliau,” katanya kepada Sinar Harian.Peruntukan yang dimansuhkan pada 1 Oktober 2018 itu menyatakan bahawa sesiapa yang mendedahkan maklumat atau mengemukakan sebarang dokumen kepada pihak berkuasa, tidak akan didakwa.

Tambah Muhammad Akram, Ahmad Zahid telah memberi keterangan kepada SPRM berkaitan transaksi Yayasan Akalbudi dalam dua pernyataan pada 2 dan 3 Julai 2018 dan sepatutnya menerima kekebalan.

"Bagaimanapun dalam kes ini, mungkin pihak pendakwaan lihat beliau adalah tertuduh utama dalam kes ini, jadi agak janggal untuk dia mendapat imuniti sedangkan kesalahan tersebut mungkin disebabkan beliau,” jelas beliau.

Klik di sini untuk terus membaca