AWANG sokong Menteri Kewangan yang tak bersetuju pencarum mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one-off sebanyak RM10,000. Memang banyak pihak desak kerajaan agar benarkan pengeluaran itu. Desakan untuk luluskan... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG sokong Menteri Kewangan yang tak bersetuju pencarum mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one-off sebanyak RM10,000. Memang banyak pihak desak kerajaan agar benarkan pengeluaran itu.

Desakan untuk luluskan cadangan pengeluaran i-Citra bernilai RM10,000 itu akan memudaratkan pencarum. Besar kemungkinan pencarum akan hidup di bawah Purata Garis Kemiskinan (PGK) pada hari tua kelak.

Memang ada logiknya memohon untuk buat pengeluaran KWSP. Banyak rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19, juga angkara banjir bagi sesetengah tempat. Mereka dalam kesusahan. Tapi kita kena ingat bahawa simpanan KWSP adalah simpanan hari tua. Ia bukan macam tabung ayam yang boleh dikeluarkan bila-bila masa sahaja. KWSP pula bukan bank komersial untuk keluar masuk duit begitu sahaja.

Memang kita tahu orang Melayu kurang menabung. Ada kajian yang menunjukkan bahawa simpanan orang Melayu begitu kecil berbanding kaum Cina misalnya. Jadi apabila berlaku sesuatu musibah memang bertambah susah mereka.

Baru-baru ini KWSP ada dedahkan bahawa 46 peratus pencarum KWSP di bawah 55 tahun hanya ada simpanan kurang RM10,000. Hal ini tentulah membimbangkan bukan sahaja bagi pencarum tetapi bagi kerajaan.

Awang harap desakan politik untuk pengeluaran bagi pencarum harus dihentikan. Tak guna nak jadi popular kalau akhirnya pencarum susah dan papa kedana pada hari tua.

Klik di sini untuk terus membaca