TERKEJUT sangat Awang apabila baca berita ada sindiket 'jual' hutan simpan. Hal ini didedahkan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) pada akhbar ini dua hari lepas. Menurut Abdul Khalim Abu Samah, mereka yang teroka Hutan... Klik di sini untuk terus membaca

TERKEJUT sangat Awang apabila baca berita ada sindiket 'jual' hutan simpan. Hal ini didedahkan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) pada akhbar ini dua hari lepas.

Menurut Abdul Khalim Abu Samah, mereka yang teroka Hutan Simpan Kekal (HSK) akan menanamnya dengan kelapa sawit sebelum menjualkannya pada orang lain. Khabarnya walaupun tanpa geran, permintaan nak beli tanah itu amat tinggi.

Awang puji JPNK yang turun padang dengan Operasi Bersepadu Membanteras Penerokaan Haram di Hutan Simpan Relai, Ladang Serasa di Gua Musang. Patut sangat gerakan itu dikembangkan juga di tempat lain. Sudah tentulah hal ini bukan baru berlaku. Mungkin sudah puluhan tahun. Baguslah JPNK dedahkan hal itu walaupun agak terlambat. Sekarang tugas JPNK adalah untuk membuat laporan polis dan kalau ada unsur rasuah, memaklumkan pada SPRM.

Awang setuju dengan Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil bahawa pihak yang patut jadi 'guardian' atau pelindung hutan simpan telah mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan pada mereka.

Kata beliau, hal ini tak mungkin terjadi jikalau tanpa amalan rasuah yang berleluasa. Beliau juga berkata hal semacam ini bukan sahaja berlaku di Kelantan tetapi juga di negeri-negeri lain.

Kata beliau lagi, kumpulan ini bersekongkol pula dengan tauke balak yang akan membawa keluar khazanah kayu yang berharga.

Penjenayah alam ini perlu didakwa dan dihukum, kata beliau. Sudah cukuplah kerosakan alam sekitar di negara ini.

Klik di sini untuk terus membaca