SHAH ALAM - SHAH ALAM - Kejatuhan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 disifatkan sebagai sesuatu yang tidak mengejutkan dengan mengambil kira perkembangan semasa dalam negara. Pengasas dan Pengarah Eksekutif Pusat... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - SHAH ALAM - Kejatuhan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 disifatkan sebagai sesuatu yang tidak mengejutkan dengan mengambil kira perkembangan semasa dalam negara.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Cynthia Gabriel berkata, situasi itu sememangnya dijangka kerana negara telah terpalit dengan beberapa insiden skandal yang memalukan.

Menurutnya, insiden berkenaan termasuk isu berkaitan sekatan terhadap kebebasan awam dan kemerosotan institusi.

"Kami amat bimbang tindakan politik dan perubahan kerajaan yang berlaku sebanyak tiga kali dalam tempoh tiga tahun menjejaskan komitmen reformasi.

"Kita tidak sampai pada situasi yang buruk ini dalam sekelip mata,” katanya.

Cynthia berkata, kerajaan perlu memberikan komitmen yang penuh dan padu untuk memandu semula Malaysia ke arah sebuah negara yang mengamalkan ketelusan dan kedaulatan undang-undang.

Senada dengan pendapat Cynthia, Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Sevan Doraisamy berkata, keputusan CPI 2021 itu sememangnya dijangka dengan mengambil kira kegagalan pihak berkuasa menangani kes berkaitan rasuah dengan baik.

Katanya, pihak berkuasa bukan sahaja dilihat gagal menyelesaikan beberapa kes berkaitan rasuah, malah tidak memberikan perlindungan yang diberikan oleh pemberi maklumat dalam kes terbabit.

"Lazimnya, orang yang akan disiasat ialah pemberi maklumat yang membangkitkan isu ini. Kita boleh lihat perkara berkenaan contohnya dalam isu pembalakan ataupun projek-projek lain.

"Jika ada individu bangkitkan mengenai pemilik atau individu di belakang projek berkenaan dan sebagainya, pihak berkuasa tidak bertindak menyiasat isu itu, sebaliknya mereka siasat individu yang memberi maklumat,” ujarnya.

Beliau berkata, kegagalan pihak berkuasa memberikan perlindungan terhadap pemberi maklumat hanya akan membantutkan lagi usaha negara untuk menangani rasuah.

Klik di sini untuk terus membaca