MAT Taici mahu cerita satu rahsia yang orang lain tak tahu termasuklah rakan-rakan sekeliling. Hanya isteri sahaja yang tahu. Mat Taici sebenarnya suka sangat cerita drama Korea sebab drama itu dipersembahkan dengan begitu teliti dan tanpa... Klik di sini untuk terus membaca

MAT Taici mahu cerita satu rahsia yang orang lain tak tahu termasuklah rakan-rakan sekeliling. Hanya isteri sahaja yang tahu.

Mat Taici sebenarnya suka sangat cerita drama Korea sebab drama itu dipersembahkan dengan begitu teliti dan tanpa cacat celanya ditambah lakonan pelakon yang amat menjiwai watak.

Mat Taici pun sampai boleh berangan muncul dalam drama itu.

Semalam cukup 21 episod Mat Taici layan drama berkisarkan tentang seorang lelaki yang sudah berusia 400 tahun.

Hero itu dari angkasa dan terlepas peluang untuk kembali ke planet asal dan perlu menunggu 400 tahun untuk pulang tetapi dalam tempoh menunggu itu, dia sudah dilamun cinta.

Kalau kawan-kawan Mat Taici tahu hobi rahsia ini, mesti kena bahan 24 jam.

Hari ini pula, Mat Taici bercadang nak tengok siri lain pula. Bolehlah layan drama pada waktu lapang.

Sambil Mat Taici mencari pada waktu makan tengah hari tadi, muncul satu drama ciptaan rakyat kita yang dibikin di Johor.

Lain macam drama ini. Tidak pasti berapa episod akan berakhir.

Drama ini hanya dicipta ketika pilihan raya sahaja dan hari ini Mazlan Bujang yang sebelum ini merupakan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tebrau, sebagai watak utama umum keluar partinya.

23 ahli bahagian lain turut keluar parti serta merta.

Tidak tahulah 24 individu itu akan bercinta dengan parti mana.

Apa yang Mat Taici dengar dalam sidang medianya, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa itu berkata, beliau masih tidak menyertai mana-mana parti, namun memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Hasni Mohammad selaku Menteri Besar Johor.

Tambahnya lagi, keputusan itu difikirkan selepas mengambil kira kepentingan untuk mewujudkan Kerajaan Johor yang stabil, dan juga faktor dua Menteri Besar di bawah Pakatan Harapan sebelum ini gagal mentadbir negeri dengan baik.

Dan ada yang mengatakan ada dua lagi bekas ADUN dari Bersatu, akan meninggalkan parti mereka dan menyertai parti baharu.

Belum pun tahu tarikh mengundi, sudah muncul drama lompat melompat. Adakah lompatan itu berjaya dalam episod terakhir? Kita tengok nanti kesudahannya.

Pss: Episod sama tetap berulang

Klik di sini untuk terus membaca