SHAH ALAM - Usaha menangani dan membendung kes menonton pornografi dalam kalangan kanak-kanak termasuk di sekolah rendah memerlukan penyelesaian melalui pendidikan asas penggunaan siber sejak di peringkat awal persekolahan. Presiden... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Usaha menangani dan membendung kes menonton pornografi dalam kalangan kanak-kanak termasuk di sekolah rendah memerlukan penyelesaian melalui pendidikan asas penggunaan siber sejak di peringkat awal persekolahan.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jalil berkata, keperluan mewujudkan silibus khas kepenggunaan siber di sekolah itu sangat penting bagi mendidik anak-anak berkenaan dengan etika dan panduan yang betul ketika menggunakan internet dan gajet.

Menurut beliau, langkah penguatkuasaan dan sekatan terhadap kandungan pornografi sahaja tidak mencukupi kerana ruang siber ketika ini sangat terbuka dan agak sukar untuk dikawal sepenuhnya oleh kerajaan.

"Pendidikan sangat penting sebab kita dah terlalu lama mengharungi ruang siber ini tanpa sebarang garis panduan yang jelas.

"Jadi untuk pendidikan kanak-kanak ini, kita perlu beri pendedahan mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan di internet sejak daripada sekolah rendah lagi. Dengan asas ini, mereka boleh tahu apa yang baik dan apa yang buruk bila mereka akses internet.

"Disebabkan pendedahan ini, anak-anak itu mungkin secara tidak langsung tahu sesuatu benda itu tidak baik atau mungkin dia akan cakap malu nak tengok benda itu (pornografi),” katanya.

Jelas Siraj, silibus pendidikan kepenggunaan itu juga perlu membabitkan elemen berkaitan dengan pendidikan seksual yang perlu diketahui oleh anak-anak mengikut peringkat umur masing-masing.

Katanya, kepentingan pendidikan kepenggunaan itu juga sangat mendesak pada masa kini memandangkan hampir keseluruhan ibu bapa mendedahkan anak-anak kepada gajet pada usia sangat muda.

Klik di sini untuk terus membaca