AWANG bukan pandai sangat hal sukan, tapi Awang teruja juga baca krisis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan dua orang pemainnya, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei. Syukur Alhamdulillah, kemelut itu dah selesai khabarnya. Atau betulkah... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG bukan pandai sangat hal sukan, tapi Awang teruja juga baca krisis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan dua orang pemainnya, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei.

Syukur Alhamdulillah, kemelut itu dah selesai khabarnya. Atau betulkah begitu? Dua pemain tersebut mahu bergerak secara profesional, tak mahu terikat dengan BAM.

Dalam kes Zii Jia ada sponsor besar yang buatkan beliau tak perlukan BAM lagi. Selama beberapa minggu isu itu jadi panas sebab BAM ambil keputusan tak mahu daftarkan beliau dalam pertandingan antarabangsa membabitkan BAM. Dengan cara itu, kelayakan untuk Zii Jia ke Sukan Olimpik akan terjejas.

Tiba-tiba BAM putar 180 darjah. BAM benarkan Zii Jia ikut caranya sendiri. Maka timbullah macam-macam pertanyaan dalam kalangan peminat sukan badminton.

Apakah pengecualian itu atas desakan dari atas? atau BAM terpaksa terima hakikat, cara lama yang mereka amalkan tak sesuai lagi.

Ada juga yang kata, sistem BAM terbaik oleh sebab cara itu dah lahirkan pelbagai jaguh termasuk legenda seperti Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei sendiri akui latihan BAM memang teruk tetapi disiplin yang ditanam menjadikan dia juara dunia. Awang cuma berharap keputusan BAM adalah demi kebaikan sukan badminton. Tiada gunanya BAM kecualikan sesiapa kalau buatkan semangat yang lain merudum. Kita ketiadaan juara yang konsisten masa ini.

Era Chong Wei dah berakhir. Kita kena bina juara baharu.

Klik di sini untuk terus membaca