PENGUMUMAN tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor belum pun diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), tapi kehangatannya dah terasa.
Memang hebat percaturan politik dalam PRN kali ini. Nampaknya formula biasa yang babitkan semua parti-parti yang bakal bertanding tak boleh diguna pakai.
UMNO dan Pas nampaknya ada masalah untuk bekerjasama. Pas kata, parti itu sedia bekerjasama dengan Amanah sekiranya DAP tidak terlibat.
Bersatu sendiri tidak jelas nak berpaut pada siapa. Baik konsep Pakatan Harapan (PH), Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN) masih samar-samar buat masa ini.
Amanah dan DAP ada buat teguran pada PKR. Isu lambang yang bakal digunakan nampaknya belum beres.
UMNO begitu yakin akan menang besar dalam PRN kali ini. Mereka percaya akan berulang kejayaan di Melaka.
Pengundi Johor akan memilih semasa pandemik Covid-19 masih mengganas. Tapi orang politik bukan kira pandemik atau tidak.
Orang politik mahu kekalkan kuasa. Mereka mahu 'mandat baharu' walaupun akibat tindakan itu ada kesannya pada kesihatan rakyat.
Awang percaya UMNO dan BN masuk ke gelanggang dengan keyakinan yang lebih besar.
Pas nampaknya terpaksa bersekongkol dengan musuh untuk mencari tempat.
PH sendiri dalam keadaan kelam kabut selepas Melaka dan Sarawak.
Kita tengoklah apa yang berlaku seterusnya.
Klik di sini untuk terus membaca