SHAH ALAM - Motosikal di bawah 150cc atau lebih dikenali sebagai ‘kapcai’ adalah mesin pembunuh utama generasi muda negara di mana ramai remaja dan kanak-kanak seawal berusia enam tahun telah maut atau cacat akibat menunggang kenderaan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Motosikal di bawah 150cc atau lebih dikenali sebagai ‘kapcai’ adalah mesin pembunuh utama generasi muda negara di mana ramai remaja dan kanak-kanak seawal berusia enam tahun telah maut atau cacat akibat menunggang kenderaan ini.

Statistik laporan nahas jalan raya untuk jangka masa 12 tahun dari 2009 sehingga 2020 yang disediakan oleh polis telah mendedahkan beberapa angka yang mengejutkan iaitu 2,688 kematian direkodkan dalam kumpulan umur enam hingga 15 akibat menunggang motosikal.

Malah angka maut ini adalah lebih tiga kali ganda bagi kumpulan umur 16-20 tahun iaitu 9,291 kematian.

Walaupun negara dilanda pandemik Covid-19 dan mengalami tempoh pengurangan lalulintas yang ketara semasa Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac 2020, seramai 806 penunggang motosikal di bawah umur 20 tahun telah maut dengan 2,925 cedera dua tahun lalu.

Dengan kadar kematian yang begitu tinggi melibatkan remaja dan kanak-kanak di jalan raya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melahirkan kebimbangan.

Statistik laporan nahas jalan raya untuk jangka masa 12 tahun dari 2009 sehingga 2020 yang disediakan oleh polis telah mendedahkan beberapa angka yang mengejutkan iaitu 2,688 kematian direkodkan dalam kumpulan umur enam hingga 15 akibat menunggang motosikal.

Pada pelancaran Pelan Global WHO untuk Dekad Tindakan Keselamatan Jalan Raya 2021-2030 untuk bab Malaysia pada Oktober tahun lalu, ketua misi dan wakil WHO di Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Dr Jacqueline Lo Ying-Ru berkata, kemalangan lalu lintas jalan raya telah menyumbang 14 peratus daripada keseluruhan kematian dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 14 tahun di Malaysia.

"Ia menjadi punca utama kematian kanak-kanak di Malaysia. Adalah jelas untuk Malaysia menangani isu keselamatan jalan raya," kata Jacqueline.

Bagaimana dan mengapakah angka korban ini boleh mencecah kadar yang menggerunkan? Ia berpunca daripada sikap tidak kisah atau tidak ambil peduli ibu bapa dan masyarakat yang telah menganggap amalan kanak-kanak dan remaja menunggang motosikal sebagai perkara normal.

Walaupun masyarakat di seluruh negara biasa menyaksikan tunggangan riang setiap hari dalam kalangan penunggang bawah umur tidak berlesen, adalah bukan perkara asing bagi generasi muda menceburi aktiviti menunggang motosikal dari peringkat kanak-kanak lagi di kawasan perumahan.

Bagaimanakah bilangan korban dan kecederaan di kalangan kanak-kanak dan remaja yang semakin meningkat ini dapat ditangani? Adakah orang ramai masih mahu membiarkan angka korban tinggi ini yang melibatkan kanak-kanak dan remaja akibat nahas ‘kapcai’?

Bekas pegawai Jabatan Keselamatan Jalan Raya Pulau Pinang, Roziah Aziz menawarkan pandangan mendalam tentang pemikiran sesetengah ibu bapa dan menegaskan bahawa budaya keselamatan masih belum ditanam dalam kehidupan seharian mereka.

"Sesetengah ibu bapa berpendapat adalah lebih baik membenarkan anak mereka di bawah umur atau tidak berlesen menunggang motosikal ke sekolah daripada mereka tidak pergi ke sekolah langsung.

"Ada ibu bapa yang masih dengan mentaliti bahawa kisah sedih di jalan raya tidak akan berlaku kepada anak mereka dan mereka beranggapan hanya akan berlaku kepada orang lain. Mereka masih di takuk pemikiran seolah-olah anak mereka kebal atau tidak akan terlibat dalam kecelakaan,” katanya sambil menceritakan pengalamannya menganjurkan program advokasi di sekolah terutamanya acara melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

* Rencana ini ditulis di bawah Program Kewartawanan Penyiasatan Kiniacademy

Klik di sini untuk terus membaca