SHAH ALAM - Jumlah penunggang motosikal yang mengambil lesen memandu dan memperbaharui cukai jalan didapati berkurang kerana masalah sikap mereka yang suka mengambil mudah perkara tersebut. Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Jumlah penunggang motosikal yang mengambil lesen memandu dan memperbaharui cukai jalan didapati berkurang kerana masalah sikap mereka yang suka mengambil mudah perkara tersebut.

Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (Pima), Mat Aris Bakar berkata, isu berkenaan sudah berlaku dari dulu lagi.

Ujar beliau, ada segelintir daripada mereka menangguhkan urusan membabitkan lesen memandu atau cukai jalan atas faktor harga terlalu tinggi.

"Kalau nak kata kemudahan mengambil lesen memandu dari segi harga, kita adalah yang paling murah di rantau ini.

"Institut memandu itu pula taburannya ada di setiap daerah di negara kita iaitu 233 buah semuanya.

"Maknanya ia bukan dari segi faktor kos, tetapi lebih kepada sikap dan penguatkuasaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Mat Aris berkata, faktor penguatkuasaan yang lemah berhubung turut menyumbang kepada penurunan jumlah pengambilan lesen di negara ini.

Menurut beliau, pihak berkuasa perlu lebih proaktif dan melakukan pemantauan dengan lebih kerap supaya dapat meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya.

"Sekiranya penguatkuasaan dilakukan dengan lebih kerap, maknanya pengguna akan lebih beringat,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK), Mohammad Hisham Shafie berkata, hukuman lebih berat perlu dikenakan kepada pemandu tanpa lesen kerana masalah itu sudah lama berlarutan.

"Selagi tidak buat macam itu, selagi itulah mereka rasa boleh suka-suka naik kenderaan tanpa lesen memandu. Mereka juga rasa denda RM300 sekarang ini boleh pergi mahkamah dan mereka boleh bayar.

"Jadi kita nak hukuman yang berat dikenakan,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca