SIAPA sangka dengan hanya melanggan RM35 selama enam bulan, seorang guru berjaya memperoleh RM2,500 melalui peraduan langganan portal berita Sinar Premium pada minggu ini.
Terkejut dan bersyukur, Zakaria Muda, 55, tidak menyangka langganannya membuahkan hasil lumayan biarpun tidak meletakkan sebarang harapan.
"Saya memang terkejut kerana saya tidak tahu terdapat peluang untuk pembaca menang wang tunai dengan hanya melanggan,” katanya.
Zakaria yang menetap di Kuala Terengganu berkata, dia mendapat khabar gembira itu melalui berita Sinar Harian pada Ahad.
"Kemudian, saya terus buka e-mel dan terbukti nama saya dipilih sebagai pemenang. Saya berasa amat bersyukur atas rezeki tersebut,” katanya.
Antara segmen berita yang menjadi pilihan Zakaria adalah ruangan pojok yang menampilkan penulis Awang Paku Serpih, Belalang dan Mat Taici.
"Saya suka baca semua artikel-artikel dalam portal Sinar Premium. Namun yang paling saya suka segmen Pojok.
"Ini kerana Pojok memberi sajian isu semasa kepada pembaca dengan cara penyampaian interaktif yang lebih santai berbentuk sindiran,” katanya.
Klik di sini untuk terus membaca