SHAH ALAM - Pengguna terutamanya dalam kalangan pelajar dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan komputer riba yang menawarkan harga tidak masuk akal. Pemilik OK Computer Solution Shah Alam, Ahmad Faiz Mohamad Rashid berkata,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pengguna terutamanya dalam kalangan pelajar dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan komputer riba yang menawarkan harga tidak masuk akal.

Pemilik OK Computer Solution Shah Alam, Ahmad Faiz Mohamad Rashid berkata, pengguna boleh mengenal pasti iklan tersebut adalah palsu dengan membandingkan harga yang ditawarkan scammer tersebut dengan harga yang dijual di kedai.

"Biasanya scammer ini menjual komputer riba spesifikasi tinggi dengan harga yang terlalu murah.

"Ada beberapa orang pelanggan saya yang pernah terkena dengan scammer ini menawarkan harga sekitar RM2,000 untuk komputer riba dengan unit pemproses pusat (CPU) Intel Core i7 generasi terbaru."Harga paling murah untuk spesifikasi i7 itu adalah sekitar RM3,800,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selain membandingkan harga, pengguna juga perlu bertanya kepada penjual sama ada mereka mempunyai kedai fizikal.

"Biasanya scammer ini tiada kedai dan hanya boleh berurusan secara dalam talian sahaja.

"Selain itu, scammer ini juga selalunya tidak berani untuk angkat panggilan telefon daripada pembeli.

"Salah satu lagi cara untuk mengenal pasti scammer adalah kebiasaannya mereka ini mendesak untuk pembeli membayar harga penuh atau deposit separuh harga untuk lock komputer riba tersebut melalui dalam talian sahaja,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca