SHAH ALAM - Walaupun kelihatan masih belum sihat sepenuhnya, tetapi video Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan sendiri keadaan kesihatannya menggembirakan ribuan rakyat Malaysia.Selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN)... Klik di sini untuk terus membaca
SHAH ALAM - Walaupun kelihatan masih belum sihat sepenuhnya, tetapi video Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan sendiri keadaan kesihatannya menggembirakan ribuan rakyat Malaysia.

Selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) beberapa kali sepanjang Januari lalu, ramai yang melahirkan kebimbangan apabila tular pelbagai dakwaan mengenai keadaan kesihatan Dr Mahathir termasuklah beliau dikatakan nazak.

Selain banyak pengamal media berkumpul selama beberapa hari di IJN untuk mengikuti rapat keadaan Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri itu turut menerima beberapa pelawat ternama antaranya Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dalam video berdurasi 1 minit 14 saat petang tadi, Dr Mahathir mengakui beliau sudah pulih walaupun

"Saya ingin memaklumakan telah pulih. Tidak sepenuhnya tetapi telah pulih," katanya dalam rakaman pertama yang disiarkan melalui Facebook, Instagram dan YouTube.

Tambah Dr Mahathir, bagaimanapun beliau tetap ke hospital setiap hari kerana masih ada prosedur rawatan yang perlu diteruskan.

Dr Mahathir mengakui beliau telah sihat walaupun belum pulih sepenuhnya.


"Beberapa hari dan tiap-tiap hari saya balik ke rumah dari hospital.

"Saya balik daripada pagi sampai petang.

"Lepas itu saya balik ke hospital kerana masih ada prosedur yang mereka ingin teruskan,” kata Pengerusi parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu.

Dalam pada itu, media sosial Dr Mahathir dihujani dengan pelbagai respon dan kata-kata kesyukuran daripada rakyat Malaysia yang gembira dengan pemulihan kesihatan pemimpin berusia 97 tahun itu.

"Have a good rest Tun," komen bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim di Instagram CheDetofficial.

"Alhamdulillah Tun. Bersama saya doakan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah agar senantiasa dilimpahi dengan kurniaan kesihatan yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan, Insya-ALLAH," kata pemilik akaun Instagram idhamishak.

Sementara itu, dalam video tersebut Dr Mahathir juga dilihat dapat berjalan sendiri dipercayai di pekarangan kediamannya tanpa menggunakan tongkat atau berkerusi roda. Klik di sini untuk terus membaca