PELIK juga Awang apabila Menteri Pengangkutan kata, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pengarah (KP) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah pandangan peribadi. Pada hemat Awang sekiranya seseorang pada kedudukan itu buat sebarang kenyataan,... Klik di sini untuk terus membaca

PELIK juga Awang apabila Menteri Pengangkutan kata, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pengarah (KP) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah pandangan peribadi.

Pada hemat Awang sekiranya seseorang pada kedudukan itu buat sebarang kenyataan, maka itu adalah pendirian jabatan atau rasmi bukan peribadi.

KP JPJ baru-baru ini buat kenyataan akan tarik balik sijil tenaga pengajar dan membatalkan permit institut memandu (IM) sekiranya banyak ‘pelajar’ mereka melakukan kesalahan trafik atau terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beliau juga kata akan letakkan kod pada lesen yang dikeluarkan bagi mengesan dari IM mana mereka lulus.

Memang kenyataan itu jadi kontroversi. Samalah macam menghukum sekolah jikalau ada pelajar lepasan sekolah itu terbabit dadah atau universiti yang ada penuntutnya ambil rasuah.

Dalam hal jalan raya lebih sulit lagi. Kemalangan tidak berlaku atas kecuaian pemandu berkenaan sahaja tapi ada faktor pemandu lain, keadaan kenderaan, jalan raya dan macam-macam.

Memang patutlah Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) melenting. Presidennya berkata, patutnya pihak JPJ bincang dengan mereka dulu sebelum nak menghukum. Agaknya panas sangat reaksi terhadap cadangan itu menyebabkan Datuk Seri Wee Ka Siong terpaksa menjauhkan diri dari kenyataan itu.

Awang harap JPJ tumpukanlah pada soal kawal kualiti kenderaan di jalan raya, peralatan kenderaan yang tak patut digunakan, pengaruh ‘ulat-ulat’ di JPJ, ancaman lori hantu dan kenderaan berat yang membahayakan pengguna lain.

Klik di sini untuk terus membaca