AWANG tabik hormat pada mana-mana pemimpin politik yang bersedia memohon maaf kepada rakyat. Macam dalam kes Menteri Besar (MB) Selangor yang mengakui terdapat sebilangan mangsa banjir negeri itu yang terlewat terima Bantuan Selangor... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG tabik hormat pada mana-mana pemimpin politik yang bersedia memohon maaf kepada rakyat. Macam dalam kes Menteri Besar (MB) Selangor yang mengakui terdapat sebilangan mangsa banjir negeri itu yang terlewat terima Bantuan Selangor Bangkit (BSB).

Beliau tak payah nak salahkan sesiapa, tapi mengakui memang ada kelewatan pengagihan. Pada waktu yang sama ada juga Bantuan Wang Ihsan (BWI) dari kerajaan pusat juga belum diagihkan sepenuhnya.

Datuk Seri Amirudin Shari jelaskan permohonan yang tinggi jumlahnya adalah punca utama kelewatan. Kebanyakan permohonan datang dari daerah Klang dan Petaling.

Daerah Klang sahaja mencatatkan 70,000 permohonan. Ada juga kes permohonan dua kali yang perlu diteliti, kata beliau. Amirudin berjanji kerajaan negeri akan cuba selesaikan masalah itu secepat mungkin.

Beliau buat kenyataan itu ekoran tindakan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor yang serah memorandum kepada beliau.

NGO itu juga bangkitkan soal kerajaan Selangor batalkan projek tebatan banjir pada tahun 2011. Alasan kerajaan negeri pada masa itu adalah projek itu tidak menguntungkan rakyat.

NGO berkenaan berpendapat bahawa sekiranya projek tebatan itu dilaksanakan banjir besar yang berlaku hujung tahun lalu mungkin boleh dielakkan. Awang puji NGO yang ambil langkah positif seperti ini.

Mereka bangkitkan soal yang sangat relevan untuk difikirkan oleh MB sekarang, walaupun bukan beliau yang batalkan projek tebatan itu.

Klik di sini untuk terus membaca