SHAH ALAM - Baki wang simpanan seorang mangsa banjir di Taman Alam Indah, Seksyen 33 di sini hanya tinggal kurang RM300 setelah ia digunakan untuk memulihkan rumahnya yang rosak akibat banjir pada Disember lalu Peniaga bakeri, Munirah... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Baki wang simpanan seorang mangsa banjir di Taman Alam Indah, Seksyen 33 di sini hanya tinggal kurang RM300 setelah ia digunakan untuk memulihkan rumahnya yang rosak akibat banjir pada Disember lalu

Peniaga bakeri, Munirah Mahmud, 38, berkata, dia membelanjakan lebih RM10,000 wang simpanan bersama suaminya untuk menggantikan keperluan asas rumah yang rosak akibat bencana tersebut.

Menurutnya, meskipun begitu, jumlah yang dibelanjakan itu juga masih belum mencukupi untuk memulihkan sepenuhnya keadaan rumah.

"Simpanan pun dah tinggal sedikit dan ia tidak mencukupi membeli barang-barang lain.

"Duit simpanan itu pun saya beli sikit-sikit dahulu keperluan penting seperti mesin basuh, kipas dan tikar getah,” katanya yang masih belum menerima Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir sebanyak RM2,500 ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Seorang lagi mangsa banjir di Taman Alam Indah, Seksyen 33 di sini yang masih belum mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan, Samsudin Said, 58, mengakui dia menghadapi kesukaran untuk menampung kos pemulihan rumahnya.

Katanya, tanpa sebarang bantuan daripada kerajaan, dia berhadapan dengan kekangan kewangan.

"Saya sendiri pun tidak mampu untuk keluarkan duit kerana semua perabot, baju, pintu rumah dan harta benda asas lain rosak dan tidak boleh digunakan semula.

"Malah yang rebat RM500 barang elektrik itu pun cukup-cukup untuk beli dua peralatan sahaja. Barang-barang pun semua mahal,” katanya.

Disebabkan itu, Samsudin yang bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta berkata, banyak kerosakan yang berlaku di rumahnya akibat banjir baru-baru ini masih belum dibaikpulih antaranya kabinet dapur, dinding, pintu dan pintu pagar.

Klik di sini untuk terus membaca