RASA lega para peniaga atau penjaja makanan tidak berpanjangan walaupun berita baik bahawa kerajaan mengumumkan kawalan harga telur bermula 5 Februari hingga 5 Jun 2022. Ini kerana di sebalik kisah kawalan harga, timbul pula isu stok barang... Klik di sini untuk terus membaca

RASA lega para peniaga atau penjaja makanan tidak berpanjangan walaupun berita baik bahawa kerajaan mengumumkan kawalan harga telur bermula 5 Februari hingga 5 Jun 2022.

Ini kerana di sebalik kisah kawalan harga, timbul pula isu stok barang makanan utama iaitu telur semakin susah didapati malah tiada ada langsung stok barang makanan berkenaan bagi kawasan luar bandar.

Sepatutnya pihak berkuasa mempunyai langkah ke hadapan iaitu dua atau tiga pelan tindakan mendahului iaitu mencium sikap helah pengeluar atau pemborong ibarat kata menteri jangan cuba-cuba ‘bermain di luar padang’, amaran Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh baru-baru ini.

Masalah ini bukannya baharu malah ianya berulang-kali berlaku sejak puluhan tahun lagi dan sepatutnya pihak berkuasa mempunyai lebih pengalaman, bermaklumat dan pakar penyiasat yang konsisten selain kuasa di tangan untuk menangani isu berkenaan.

Telur merupakan sumber protein utama dan dilihat antara bahan makanan termurah bagi semua golongan terutama pendapatan rendah dan sederhana di negara ini.

Ini kerana setiap makanan utama rakyat contohnya nasi lemak, roti canai telur, kuih-muih semuanya membabitkan bahan berkaitan telur.

Sehubungan itu ketiadaan stok amat merunsingkan bukan sahaja kepada peniaga malah kepada pengguna yang terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan sumber protein lain.

Sampai bilakah rakyat akan ditenangkan dengan pengumuman yang bersifat sementara seperti kerajaan akan pantau, satu jawatankuasa akan dibentuk dan segala macam tindakan susulan oleh pihak berkuasa.

Pihak berkuasa perlu bertindak pada peringkat pengeluaran, pengumpulan dan bukannya hanya pada peringkat kawalan harga kerana harga telah memasuki peringkat akhir pengguna dan ada kalanya terlewat untuk diperbetulkan sehingga masih ada mainan harga pada pembeli.

Patutlah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendesak Majlis Pemulihan Negara untuk bertindak lebih pantas dalam membendung peningkatan ketara harga barang dan kekurangan stok yang semakin menyusahkan orang-ramai.

Malah MTUC berharap KPDNHEP bertindak lebih pro-aktif bagi mengawal kenaikan harga barangan makanan asas sejak dahulu lagi. Sama-sama kita fikirkan...

* Meor Shahrom ialah Ketua Meja Bisnes

Klik di sini untuk terus membaca